buat duit dirumah terbukti

Welcome Guys

COMING TOGETHER IS A BEGINNING, KEEPING TOGETHER IS A PROGRESS, WORKING TOGETHER IS A SUCCESS

mak ayam jual ayam muda import dari thailand cina dan filipina

Written By Qblogger on Saturday, October 22, 2011 | 5:45 PM


anda semua pasti ada akaun di facebook kan? sehingga ada yang di katakan facebookholic ketagih tahap tertinggi. rata-rata pelbagai peringkat umur yang menjadi ketagih facebook ni kan. sehingga meghabiskan masa 16jam sehari menghadapnya. kalau dikira hanya 8 jam berbaki untuk mereka menghabiskan masa dengan perkara lain.

bahaya ni kepada peminat tegar facebook. tapi ada yang menjadikan facebook sebagai medium mencari duit lebih dengan membuat marketing untuk produk mereka. ini bagus untuk poket seluar anda. tak kisah lah dikatakan facebookholik pun. berbaloi-baloi.

menjana pendapat menggunakan medium yang ada memang pandai kerana mencari peluang bukan menunggu peluang datang. seperti gambar dibawah.



tapi yang kurang eloknya adalah ada segelintir pihak yang menggunakan akaun facebook untuk berniaga perkara yang tidak sepatutnya. seperti 3C AGENT ni ha... ape yang tak sepatutnya di niagakan di laman sosial ni agaknya? menjual ANAK AYAM baik punya dari negara CINA, THAILAND, dan INDONESIA.

ini adalah sindeket mak ayam kaedah baru kot. saya pun kurang jelas. tapi jelas di facebook ni siap ada blog sendiri lagi untuk di pilih amoi-amoi mana yang korang suka dan berkenan. terbaik buka?!.

tapi ingat!! tuhan tidak melaknat orang yang melakukan atau membuat perkara ini sahaja. ia akan melaknat semua orang yang ada di negara itu. ulangan! semua orang yang ada di negara tersebut sebab tidak melarang mencegah menasihati malah membiarkan dan ada yang menjadi pelanggan setia pula. tak terlupa kepada sesiapa yang menjadi pemerhati ya, bukan sebab ada tidak berkecuali ok. TSUNAMI tu datang tak mengenal siapa, sedar-sedar besepah je mayat, nah amik kau.


modus operandi 3C AGENT ni mudah je dengan tiga cara mudah, pelanggan mencari hotel mereka nak, 2nd step call 3C AGENT seperti nombor tertera baik punya di facebook mereka, 3rd step bagitau je nak amoi mana dari negara mana dan lakukan pembayaran sebelum perkhidmatan seks dilakukan.
betul mudah nak masuk syurga panas yang dikendalikan oleh malaikat malik dan dicatat amalan kamu oleh malaikat atid kan?... tiket ni tempahlah sekarang...

tapi mereka hanya melakukan perniagaan di kuala lumpur sahaja.belum ada franchise lagi kot di negara lain.

bukan ini sahajalah, saya rasa banyak lagi sindeket cmni yang ada di luar sana. selemah-lemah iman adalah menegur dengan hati dan berdoa kepada allah supaya menjauhkan diri masyarakat keluarga dari bala bencanaNya....




baru dua hari tengok akaun diorang ni dah status LIKE "seperti dibawah"menecah 3000 dah naik 1000 orang. makna kata laris la perniagaan mereka ni. butang like kat bawah ni ha jer mudah...



NOTE : perniagaan bukan di negara lain di malaysia ok perniagaan AYAM MUDA ni... nikmat atau menanti azab tuhan?
5:45 PM | 0 comments | Read More

pelajar kolej di makan jerung ketika berkelah

Written By Qblogger on Friday, October 21, 2011 | 8:59 AM



kalau dah datang ke tasik pastilah nak berkelah dan mandi-mandi bersama rakan anda dan merehatkan minda selepas stress study kan. tapi keseronokan tidak lama bagi sekumpulan pelajar dari kolej ni sebab mereka bakal menjadi santapan tengahari seekor jerung ganas di tasik tempat mereka berseronok.


tapi ini bukanlah kisah betul pun... ia adalah filem yang akan di keluarkan pada november 2011 ini. seram juga nampaknya. tapi ada kemungkinan seperti filem piranha dulu sama saksikan ok. director pun dari filem final destination yang kita dah tahu kemantapanya kan.







NOTE : jangan biarkan diri anda diselubungi misteri
8:59 AM | 0 comments | Read More

yahudi diperangi kristian dan islam di palestine dan memperbodohkan semua orang di bumi

Written By Qblogger on Thursday, October 20, 2011 | 2:11 AM


Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom nak dedahkan 10 daripadanya!

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!
2:11 AM | 0 comments | Read More

LAWAK 3 - TERCIRIT

Written By Qblogger on Wednesday, October 12, 2011 | 11:56 PM


dlm satu kelas time cikgu ngajar tetibe ade bunyi org kentut..
ckgu pn tnye la sape kentut...semua org senyap...
pastu ckgu ckap : 'sape yg ngaku kentut ckgu bagi 95 markah exam'

pastu ade sorg murid lelaki bangun : 'cikgu, bagi 100 la sebab sy dh tercirit dh sikit'
... satu kelas
11:56 PM | 0 comments | Read More

LAWAK 2 - BETUAHPUNYA CU


Atok : Cu , pergi menyorok cepat ! cikgu kamu datang sebab kamu tak pergi sekolah hari ni . .
Cucu : Atok la pergi menyorok . .
Atok : kenape pulak atok nak kena nenyorok ?
Cucu : sebab saya bagitau cikgu saya tak pergi sekolah sbb atok meninggal . .
Atok : kau gila ! ! ! ?
11:53 PM | 0 comments | Read More

PENYAKIT BETUL LA



Makan sebanyak yang mampu dan muntahkan kembali? tak rasa membazir ke nie? bayangkan makan di hotel 5 Star yang mahal balik rumah muntah balik. membazirnya tak jadi daging kita...

ini adalah sindrom penyakit sebenarnya. yang tak sedar akan dirinya sebenarnya dah kurus tapi nampak gemuk lagi bila di lihat di dalam cermin. sehinggakan kawan-kawan tegur yang dia dah kurus sangat maca orang berpenyakit. tapi empunya diri kata "aku gemuk lagila". seperti gambar dibwah ni.

biasanya la penyakit ni terjadi kepada model-model yang memerlukan mereka kurus sesaui nak cat walk atas pentas gitu... rupenya kurus sangat pun tak bagus takde khasiat.


tak jelas lagi maksud bulimia ni? kita tengok lagi gambar seterusnya....



kita baca sikit fakta menarik mengenai bulimia ni...

Bulimia adalah satu gangguan atau gangguan pada pola pemakanan iaitu makan dalam kuantiti yang berlebihan dan berusaha memuntahkan kembali makanan yang di makan. Biasanya mereka menggunakkan ubat pencahar untuk merangsang mereka muntah dan melakukan aktiviti olahraga secara berlebihan. Mereka yang menghidap penyakit ini tidak dapat dilihat pada mata kasar orang lain. Ini kerana mereka kelihatan normal dan mempunyai bentuk tubuh yang ideal (tidak terlalu kurus dan sebaliknya).

Sesetengah penghidap penyakit ini mudah berilustrasi seperti merasa diri mempunyai banyak lemak, berasa gemuk dan lain-lain lagi yang boleh menganggu kehidupan seharian mereka.


Bulimia Nervosa berasal perkataan latin (bous Limos Nervosa) iaitu lapar dan juga gangguan emosi makan dengan cara memuntahkan kembali makanan yang baru saja dimakan.

Anoreksia dan bulimia adalah kelainan pola makanan yang sering terjadi pada wanita, biasanya merupakan bentuk penyiksaan terhadap diri sendiri. Dimana kedua keadaan itu sama bahayanya bagi tubuh. Gangguan tersebut dihasilkan oleh ketakutan bahawa tubuh akan menjadi gemuk setelah makan dan ketakutan itu terpancar melalui penyiksaan fizik.

Kedua kelainan ini sekilas hampir sama. Namun, apa yang membezakan antara keduanya ialah amalan menahan daripada menerima apa juga makanan sehingga terjadi anoreksia, sementara bulimia hanya terjadi kepada individu yang mempunyai nafsu makan, tapi memuntahkan kembali secara diam-diam.

Ciri-ciri awal pengidap bulimia bermula dangan berdiet dan bersenam secara berlebihan, makan banyak tapi selalu memuntahkan kembali atau mengonsumsi obat diuretic untuk memuntahkan kembali semua makanan.

Akibat kebiasaan memuntahkan kembali makanan yang telah dimakan penderita bulimia mempunyai beberapa masalah kesihatan, seperti terjadinya luka pada dinding perut, radang pada usus buntu, denyut jantung tidak teratur, kerusakan pada ginjal kerana rendahnya asupan posatium, rosaknya email gigi kerana terciptanya produksi asam yang berlebihan ketika muntah, dan terhentinya menstruasi.


p/s : makan mengikut kadar kuantiti perut jangan mengikut nafsu tekak je yang merana perut. berhenti sebelum kenyang pesan nabi
11:38 PM | 0 comments | Read More

WAJIB BACA LELAKI!


Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andain lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.



Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

11:36 PM | 0 comments | Read More

GOOGLE GRAVITY BEST BRO


ini adalah entri paling mudah, nak ajak korang semua try mende baru, walaupun dah ada yang pernah cuba tak per masih ada lagi yang belum kan.

selalu kita akan search kat engine carian di google guna google.com. itu engine carian yang standard pakai. apa kata semua guna engine cari menggunakan google gravity lak.

jangan terkejut dan terkena lak...

Selamat mencuba semua.
11:17 PM | 0 comments | Read More

SEXY SKIRT

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


komperm terbeliak mata korang tengok post ni kan?..
nanti Dulu..Ini Bukan Lucah ok..Ini Adalah Trend Skirt Wanita2 Jepun..
ish-ish.....

Jom Usha Lagi Skirt Diaorang..

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-





nak tau!
Inilah bentuk sebenar Skirt yang diorang pakai ok...






11:03 PM | 3 comments | Read More

SUSU LEMBULAH SEDAP



Seorang Kanak-Kanak Dikatakan Ketagih Untuk Menikmati Keenakan Susu Lembu Asli. Al-Kisahnya Bermula Semasa Ayah Dan Ibunya Pergi Kerja.Kanak-Kanak Berkenaan Dikatakan Terlihat Anak Lembu Yang Sedang Minum Susu Ibunya.Perasaan Ingin Mencuba telah Menyebabkan Kanak-Kanak Tersebut Ketagih.Malah Jika Di halang Oleh Atuknya.Kanak-Kanak tersebut Akan Meronta. inilah dikatakan anak lembu, huhu



Khasiat dan kebaikan susu ibu

Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.

Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin.



NOTE : ini adalah kes terpencil jer, kementerian kan dah buat kempen penyusuan susu ibu. susu yang terbaik dari ladang
10:38 PM | 0 comments | Read More

buat duit dirumah

hidup bahagia panduan

rahsia jutawan

rahsia kaya

kursus kahwin - masjid abu ubaidah al jarrah klik banner