buat duit dirumah terbukti

PENYAKIT BETUL LA

Written By Qblogger on Wednesday, October 12, 2011 | 11:38 PM



Makan sebanyak yang mampu dan muntahkan kembali? tak rasa membazir ke nie? bayangkan makan di hotel 5 Star yang mahal balik rumah muntah balik. membazirnya tak jadi daging kita...

ini adalah sindrom penyakit sebenarnya. yang tak sedar akan dirinya sebenarnya dah kurus tapi nampak gemuk lagi bila di lihat di dalam cermin. sehinggakan kawan-kawan tegur yang dia dah kurus sangat maca orang berpenyakit. tapi empunya diri kata "aku gemuk lagila". seperti gambar dibwah ni.

biasanya la penyakit ni terjadi kepada model-model yang memerlukan mereka kurus sesaui nak cat walk atas pentas gitu... rupenya kurus sangat pun tak bagus takde khasiat.


tak jelas lagi maksud bulimia ni? kita tengok lagi gambar seterusnya....



kita baca sikit fakta menarik mengenai bulimia ni...

Bulimia adalah satu gangguan atau gangguan pada pola pemakanan iaitu makan dalam kuantiti yang berlebihan dan berusaha memuntahkan kembali makanan yang di makan. Biasanya mereka menggunakkan ubat pencahar untuk merangsang mereka muntah dan melakukan aktiviti olahraga secara berlebihan. Mereka yang menghidap penyakit ini tidak dapat dilihat pada mata kasar orang lain. Ini kerana mereka kelihatan normal dan mempunyai bentuk tubuh yang ideal (tidak terlalu kurus dan sebaliknya).

Sesetengah penghidap penyakit ini mudah berilustrasi seperti merasa diri mempunyai banyak lemak, berasa gemuk dan lain-lain lagi yang boleh menganggu kehidupan seharian mereka.


Bulimia Nervosa berasal perkataan latin (bous Limos Nervosa) iaitu lapar dan juga gangguan emosi makan dengan cara memuntahkan kembali makanan yang baru saja dimakan.

Anoreksia dan bulimia adalah kelainan pola makanan yang sering terjadi pada wanita, biasanya merupakan bentuk penyiksaan terhadap diri sendiri. Dimana kedua keadaan itu sama bahayanya bagi tubuh. Gangguan tersebut dihasilkan oleh ketakutan bahawa tubuh akan menjadi gemuk setelah makan dan ketakutan itu terpancar melalui penyiksaan fizik.

Kedua kelainan ini sekilas hampir sama. Namun, apa yang membezakan antara keduanya ialah amalan menahan daripada menerima apa juga makanan sehingga terjadi anoreksia, sementara bulimia hanya terjadi kepada individu yang mempunyai nafsu makan, tapi memuntahkan kembali secara diam-diam.

Ciri-ciri awal pengidap bulimia bermula dangan berdiet dan bersenam secara berlebihan, makan banyak tapi selalu memuntahkan kembali atau mengonsumsi obat diuretic untuk memuntahkan kembali semua makanan.

Akibat kebiasaan memuntahkan kembali makanan yang telah dimakan penderita bulimia mempunyai beberapa masalah kesihatan, seperti terjadinya luka pada dinding perut, radang pada usus buntu, denyut jantung tidak teratur, kerusakan pada ginjal kerana rendahnya asupan posatium, rosaknya email gigi kerana terciptanya produksi asam yang berlebihan ketika muntah, dan terhentinya menstruasi.


p/s : makan mengikut kadar kuantiti perut jangan mengikut nafsu tekak je yang merana perut. berhenti sebelum kenyang pesan nabi

No comments:

Post a Comment

buat duit dirumah

hidup bahagia panduan

rahsia jutawan

rahsia kaya

kursus kahwin - masjid abu ubaidah al jarrah klik banner