Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada ...mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik.
Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yang diterbalikkan daripada nombor yang sebenarnya melalui kad anda yang masukkan ke dalam mesin tersebut.
Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yang kita tidak ketahui, pihak Bank dengan segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda.
Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan
ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yang seumpama ini.
NOTE : saya pun baru tahu perkara ini.
2 comments:
tv mana yang siarkan? praktis begini mmg tak pernah diamalkan opeh bank-bank di Msia. Dah bertahun saya kerja di bank, memang kami tak pernah didedahkan dengan sistem sebegini. Mungkin ini praktis bank di luar negara.
Kalau di Msia, salah tekan pin, terbalik ke, apa ke, kad ATM akan terus dikeluarkan oleh ATM. Sekiranya lebih dari 3 kali percubaan, mesin ATM akan menelan kad tersebut. Harap maklum.
hmm, aku percaya mhamirol betul sebab abang aku yang kerja bank pun kater macam ni
Post a Comment