buat duit dirumah terbukti

BABY DEMAM PANAS CARA MENGUBATI

Written By Qblogger on Wednesday, June 20, 2012 | 9:31 PM

jika ada bayi anda yang sedang menghadapi masalah demam panas cepat-cepatlah pergi berjumpa doktor dan mendapatkan ubat untuk mereka. ini kerana demam panas yang berlarutan akan menyebabkan masalah kepada bayi berkenaan kelak. ibu bapa pasti nak anak mereka sihat kan. 

Demam je mesti mencari KOOLfeverkan untuk kaedah rawatan terkini.. tapi bagaimana pula orang dulu-dulu sebelum kedatangan KoolFever ke Malaysia? kita kenal dulu Koolfever ni jom :-,
 
Pek berwarna Pink adalah untuk bayi yang berusia 0 - 2Tahun.
Harga bagi satu Pek kecil adalah RM4.50 - RM5.50 mengikut kedai yang jual.



Pek berwarna Biru sesuai untuk kanak-kanak berusia dari 3 keatas. dan ada pek biru untuk dewasa pastikan juga.
Harga RM 4.50 - RM5.50





itu berkenaan koolfever sebagai alternatif baru untuk pengguna moden sekarang. tapi petua bagi orang dahulu mereka hanya menggunakan sumber alam semulajadi seperti petua 


1. menggunakan DAUN BUNGA RAYA DAN DUIT SYILING. rendamkan bahan daun bunga raya dan duit syiling tadi didalam air lepas tu sapukan ke pada bayi anda. 

cara sapuan pula : sapu dari tapak kaki bayi naik ke kaki dan terus ke perut barulah sapu dibahagian muka bayi tadi. ini kerana panas yang tedapat didalam badan bayi anda akan keluar melalui kepala dia.

bunga raya dapat menyejukkan badan kita

2. menggunakan AIR DAN ASAM JAWA. rendamkan asam jawa bersama air tadi dan disapukan kepada badan bayi anda tadi.

cara sapuan pula : sama seperti cara diatas. asam jawa seperti kita maklum boleh menyejukkan badan kita yang sedang panas.

mudahkan cara tradsional orang dulu-dulu. saya akuinya kerana saya telah lakukan kepada bayi saya yang sedang panas. alhamdulillah berkesan teknik yang diajarkan oleh kawan-kawan yang berpengalaman.


pemakaian bagi bayi yang demam.


bayi yang sedang demam cuba elakkan perkara seperti dibawah :-

  1. memakaikan pakaian yang tebal, berlengan panjang kerana ia akan memaskan lagi badan bayi anda kaedah ini sesuai untuk orang dewasa dan tidak praktikal kepada bayi.
  2.  menyelimutkan bayi, memakaikan penutup kepala haba akan terkumpul dan tidak dapat keluar dari badan jika kaedah ini dilakukan dan memerangkap haba lagi bertambah panas badan bayi.
  3. jangan biarkan bayi anda keseorangan takut-takut tersedak ketika menangis.
  4. sentiasa sejukkan badan bayi dengan kaedah yang telah ditunjukkan diatas.
  5. mandikan bayi anda bermula dari kaki dahulu dan keatas. ini dapat mengeluarkan haba yang terkumpul dari badan ke atas kepala bayi.
  6. pastikan bayi anda dalam keadaan sejuk sentiasa.
  7. cek tapak kai bayi anda jika sejuk ini bermakna bayi anda demam panas dibahagian dalam dan diluar badan agak suam-suam sahaja.
  8. gunakan penanda aras suhu. boleh didapati di kedari farmasai baru RM10.00


itu sahaja ilmu orang dulu-dulu selamat beramal.

No comments:

Post a Comment

buat duit dirumah

hidup bahagia panduan

rahsia jutawan

rahsia kaya

kursus kahwin - masjid abu ubaidah al jarrah klik banner