buat duit dirumah terbukti

Welcome Guys

COMING TOGETHER IS A BEGINNING, KEEPING TOGETHER IS A PROGRESS, WORKING TOGETHER IS A SUCCESS
Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

peringatan penting memakai inai di tangan adalah HARAM

Written By Qblogger on Wednesday, October 5, 2011 | 7:44 PM


Hukum Wanita Mengukir Hiasan Pada Tangan Menggunakan inai..

Bagaimana pula hukum memakai inai yang berukir di tangan. Sekarang ini ramai perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan berupa awan larat ataupun daun. Kita lihat dan nilai berdasarkan hadis Nabi ini :

Dari Ibnu Umar r.a katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan Baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu." [hadith bil. 2003 : Sahih Muslim]

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain,wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)" [hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari]

Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu,kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari."

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

- Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

- Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan.

Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

-Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

Jangan sampai kita menolak syariat semata-mata untuk mengikut adat. Apa gunanya kita beragama Islam, apa gunanya kita bermazhab jikalau kita tidak mengikuti syariat dan hukum yang telah ditetapkan. Sama-sama kita renungkan wahai pembaca yang budiman..

NOTE : islam tidak menghalalkan cara yea nak, - pesanan nenek buat anaknya
7:44 PM | 0 comments | Read More

kawin lambat sebabkan anak lembab kurang pandai - lelaki wajib baca


Usia bapa jejas keupayan intelek kanak-kanak: Kajian
WASHINGTON: Kromosom kanak-kanak daripada lelaki berkahwin lewat didapati tidak normal hingga lemah dari segi intelektual, dipercayai disebabkan usia bapa yang lanjut.

Kromosom tidak normal adalah disebabkan oleh beberapa variasi nombor salinan atau ‘CNV’, merujuk kepada struktur beberapa keadaan menyebabkan kehilangan atau kesilapan susunan DNA dalam sel. Perkara itu boleh diwarisi atau berlaku secara tiba-tiba dan menjadi punca biasa penyakit.

Pasukan penyelidik melakukan analisis secara sistematik dan menemui banyak CNV dalam hampir 3500 orang yang hilang upaya intelektual antara 2006 dan 2010. Mereka mendapati, CNV yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak diwarisi membabitkan 227 orang yang bermakna keadaan itu wujud dua kali ganda daripada biasa sama seperti bagi mereka yang mempunyai autisme dan tiga kali ganda di kalangan mereka yang menghidap penyakit asma.

Analisis seterusnya untuk menentukan CNV asal di kalangan data daripada 118 orang mendapati 90 kes berasal daripada bapa dan tiga suku daripadanya kehilangan turutan DNA.
Penyelidik kemudian membahagikan responden memiliki CNV kepada dua kumpulan iaitu mereka yang mempunyai gen DNA berulang-ulang dan mereka yang tidak mempunyai DNA berulang-ulang.
Penyelidik turut membandingkan usia ibu bapa dalam dua kumpulan itu dengan mereka yang tidak mempunyai masalah hilang upaya intelektual.

Kumpulan tidak mengalami DNA berulang-ulang, golongan paling ramai membabitkan lelaki pada usia lanjut yang memberi petunjuk kepada bagaimana memahami sebab CNV terbentuk, kata penulis.
Kesimpulan yang dibuat ialah peningkatan CNV baru tidak hanya disebabkan oleh DNA lelaki tetapi usia bapa juga memainkan peranan, kata penulis.

“Sebagai rumusan, data kami buat pertama kalinya meyakinkan bukti bahawa faktor CNV bapa paling besar menjadi faktor kepada kelemahan intelektual,” katanya. Kajian itu disiarkan secara dalam talian oleh Jurnal Perubatan Genetik.


nasihat :
belum sampai seru katanya cmner nak kawin? salah sebenarnya, seru tu dah datang dari kita dalam perut lagi allah dah tentukan cuma nak tak nak je kita usahakanya.


NOTE : sempat gak menyelak helaian ini di Berita Harian tadi, kawin la awl sikit bagi yang dah berkemampuan tu
12:55 AM | 0 comments | Read More

potong kuku haram selain hari jumaat!

Written By Qblogger on Tuesday, October 4, 2011 | 7:43 PM

barang siapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadan
ya penyakit
Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan
masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati.

misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih

ingatan kepada semua :

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, alahai dah boleh buat daging bisnes la pulak.

dari perspektif kesihatan :

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. sekali lagi E-Coli Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasa lah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tidak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..






NOTE : artikel ni saya jumpa kat dlam facebook ada baiknya jika dikongsi bersama
7:43 PM | 3 comments | Read More

BRA BARU BELI TERUS PAKAI INILAH AKIBATNYA GURLS

Written By Qblogger on Monday, October 3, 2011 | 8:51 PM

Tolong sebarkan ke semua kenalan & e-mail rakan2 anda, khususnya wanita.

CUCI BRA dan PAKAIAN2 BARU Anda, sebelum dipakai.

ramai orang yang melakukannya, ini sebagai peringatan bagi yang tidak melakukannya. Baca dan persiapkan diri Anda untuk melihat gambar ini. Kami tidak tahu parasit apa yang ada di dalam pakaian ketika kita membelinya.

Ya Allah. Menjijikkan.Kirimkan ke semua wanita!!!
CUCI BRA BARU Anda sebelum Anda memakainya!!

Jadikan kebiasaan mulai dari sekarang untuk mencuci pakaian baru Anda sebelum memakainya, ini SANGAT PENTING!!!
Setelah Susan McKinley
(Antropologis) pulang setelah ekspedisi di Amerika Selatan, ia menyadari ada ruam aneh dipayudara sebelah kirinya, tiada siapa yang tahu itu apa, dan ia pikir ruam itu akan hilang seiring waktu.
Setelah ia kembali, ia menemui doktor kerana sudah mulai rasa sakit. Doktor tidak tahu penyakit apa yang di derita nya,doktor memberikannya antibiotik dan krim khusus.



Setelah berselang rasa sakitnya tidak hilang dan payudaranya semakin panas dan mulai berdarah. Ia memutuskan untuk membalut pendarahan itu, bagaimanapun rasa sakitnya semakin bertambah, dia mulai mencari doktor2 terbaik.

Dr. Lynch tidak bisa mendiagnosis infection apa yang terjadi dan meminta Susan untuk mencari temannya yang ahli dalam bidang Dermatologi. Susan menunggu selama 2 minggu dan akhirnya dapat bertemu Dermatologist tersebut.

Susan terkejut,setelah ia membuka, mereka lihat Larva bertumbuh dan bersarang dalam pori2 dan dalam luka payudaranya, sesekali mahkluk jahat ini masuk dalam pori2 dan muncul di lubang sebelahnya, yang ia tidak tahu adalah lubang itu sangat dalam dari yang dia bayangkan. Larva ini memakan lemak, lapisan kulit dan cannal susu payudaranya.



NOTE: TOLONG SEBARKAN PADA KAUM WANITA!!!
8:51 PM | 1 comments | Read More

PIALA DUNIA 2014

Written By Qblogger on Wednesday, September 7, 2011 | 2:23 AM




Johannesburg - Menjelang berakhirnya Piala Dunia Afrika Selatan 2010, FIFA meluncurkan logo Piala Dunia berikutnya yang akan digelar di Brasil empat tahun mendatang.

Logo tersebut bergambar tangan yang saling berkaitan membentuk trofi Piala Dunia. Warna hijau mendominasi, dihiasi kuning, sebagaimana dua warna itu adalah identitas Brasil.

Dalam acara pelancaran di Johannesburg, Kamis (8/7/2010), Presiden FIFA Sepp Blatter berkata bahawa logo tersebut mencerminkan bolasepak sebagai bahagian dari kehidupan manusia, terutama di negara-negara Amerika Selatan seperti Brasil.



mungkin ini idea asal pembuat logo piala dunia 2014.
2:23 AM | 0 comments | Read More

DUIT SYILING MALAYSIA GENERASI KE 3



Duit Syiling Baru Malaysia 2012

Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling baru iaitu duit syiling peringatan sempena pengeluaran Siri Ketiga duit syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran pada awal tahun 2012.

Duit syiling baru ini dilancarkan pada 25 Julai 2011 oleh Gabenor Bank Negara Malaysia. Duit syiling peringatan yang dikeluarkan adalah dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.

Rekabentu duit syiling baru ini mencorakkan budaya dan warisan negara. Motif rekabentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional Malaysia.

Duit syiling siri ketiga ini bersaiz lebih kecil dan ringan. Duit syiling baru yang berwarna kuning dan perak ini juga mempunyai sisi tepi yangberbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan dengan lebih baik jenis-jenis duit syiling yang berlainan.

Untuk keselamatan, duit syiling baru ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini untuk mengelak daripada pemalsuan. Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.

Bank Negara Malaysia mengeluarkan set duit syiling peringatan (BrilliantUncirculated) sebanyak 500,000 secara berperingkat-peringkat yang dipakej secara khas dan akan dijual pada harga RM10.00 bagi setiap set.

Lokasi Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual dari 26 Julai 2011 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK) dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu danKuching.

Gambar duit syiling baru Malaysia 2012:

Duit Syiling Baru

RekaBentuk Duit Syiling Baru 2012

  • Motif bagi setiap denominasiadalah seperti yang berikut:

Denominasi

Ikon

50 senSulur Kacang
20 senBunga Melur
10 senOrang Asli Motif
5 senDestar Siga
2:10 AM | 0 comments | Read More

POS OPERASI MALAM


Sekiranya anda sibuk untuk ke pejabat pos semasa waktu bekerja anda bolehlah datang di pejabat-pejabat yang berdekatan dibuka sampai waktu malam atau hari sabtu. Senarai pejabat pos adalah seperti dibawah.


States Post Offices Operating Days Operating Hours
Kedah / Perlis

Pejabat Pos Tesco Sungai Petani Sat - Thurs 1000 - 1800
Friday 0900 - 1200
Pulau Pinang

Tesco Mon - Sat 1000 - 1800
1st Sat of the month 1100 - 1500
Sun 1200 - 1800
Carrefour Mon - Sat 1000 - 2000
1st Sat of the month 1100 - 1500
Sun 1000 - 1600
Queensbay Mall Mon - Sat 1000 - 1800
Sun 1200 - 1800
Perak

Tesco Ipoh Mon - Sat 0900 - 2100
1st Sat of the month 1000 - 1400
Sun 0930 - 1700
Kuala Lumpur

Bangsar Mon - Sat 0830 - 2200
Gombak Mon - Sat 0830 - 2200
Taman Melawati Mon - Sat 0830 - 2200
Wangsa Maju (Carrefour) Mon - Sat 1000 - 2100
1st Sat of the month 1100 - 1500
Mid Valley Megamall Mon - Sat 1000 - 2100
Sun 1000 - 1600
KLCC Mon - Sat 1000 - 1800
Sun 1000 - 1800
Ampang Point Mon - Sat 1030 - 1800
Selayang Mall Mon - Sat 1000 - 1800
Sungai Wang Plaza Mon - Sat 1030 - 1800
Tesco Ampang Mon - Sat 0930 - 2100
Sun 1000 - 1600
Jusco Kepong Mon - Sat 1000 - 2100
1st Sat of the month 1100 - 1500
Sun 1000 - 1600
Taman Maluri (Aeon) Mon - Sat 1000 - 2100
1st Sat of the month 1100 - 1500
Sun 1000 - 1600
Taman Dagang Permai (Carrefour) Mon - Sat 1000 - 1800
Selangor

Puchong (Tesco) Mon - Sat 0930 - 2000
Sun 1100 - 1500
Sungai Buloh (Hiong Kong) Mon - Sat 0900 - 2000
Sun 1100 - 1500
Subang Jaya (Carrefour) Mon - Sat 0930 - 2000
1st Sat of the month 1100 - 1500
Sun 1100 - 1500
USJ 1 (Giant) Mon - Sat 0900 - 1730
Sun 1100 - 1500
Bandar Sri Damansara Mon - Sat 0930 - 1800
Bandar Sunway Mon - Sat 1000 - 1800
Bukit Tinggi (Tesco) Mon - Sat 0930 - 1800
Mutiara Damansara Mon - Sat 1000 - 1800
1st Sat of the month 1100 - 1500
Shah Alam Tesco Mon - Sat 0900 - 1730
Sun 1100 - 1500
Alamanda, Putra Jaya Mon - Sat 1000 - 1800
1st Sat of the month 1100 - 1500
Sun 1100 - 1500
Tesco Kajang Mon - Sat 1000 - 1800
Sun 1100 - 1500
Jusco Taman Equine Mon - Sat 1000 - 1800
Sun 1100 - 1500
Jusco Cheras Selatan Mon - Sat 1000 - 2000
Sun 1100 - 1500
Melaka

Tesco Bandar Melaka Mon - Sat 0830 - 1700
1st Sat of the month 1100 - 1500
AEON Ayer Keroh Mon - Sat 0830 - 1700
1st Sat of the month 1100 - 1500
Johor

Johor Bharu (Giant) Mon - Sat 1000 - 2100
1st Sat of the month 1100 - 1400
Johor Bharu (Carrefour) Mon - Sat 1000 - 2100
Negeri Sembilan

Senawang (Giant) Mon - Sat 0830 - 2100
1st Sat of the month 1100 - 1500
Giant Super Store, Nilai Mon - Sat 0930 - 2100
1st Sat of the month 1100 - 1500
Seremban 2 (Jaya Jusco) Mon - Sat 1000 - 1800
1st Sat of the month 1100 - 1500
Centre Point Seremban Mon - Sat 1000 - 1800
1st Sat of the month 1100 - 1500
Pahang

Jalan Bukit Ubi, Kuantan Mon - Sat 0830 - 1700
1st Sat of the month 1000 - 1400
Terengganu

Giant Terengganu Mon - Sat 0900 - 1800
1st Sat of the month 1030 - 1430
Kelantan

Tesco Kota Bharu Mon - Sat 1030 - 1900
Sabah

Ujana Kewangan, Labuan Mon - Fri 0800 - 1630
1st Sat of the month 0830 - 1200
Sat 0830 - 1200
Sarawak

Sibu Mon - Fri 0800 - 1600
1st Sat of the month 0800 - 1230
Sat 0800 - 1430
Boulevard Mon - Fri 0930 - 1800
Sat 0930 - 1500
Satok Mon - Fri 0800 - 1600
Sat 0800 - 0230
1:03 AM | 0 comments | Read More

buat duit dirumah

hidup bahagia panduan

rahsia jutawan

rahsia kaya

kursus kahwin - masjid abu ubaidah al jarrah klik banner