buat duit dirumah terbukti

DUIT SYILING MALAYSIA GENERASI KE 3

Written By Qblogger on Wednesday, September 7, 2011 | 2:10 AM



Duit Syiling Baru Malaysia 2012

Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling baru iaitu duit syiling peringatan sempena pengeluaran Siri Ketiga duit syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran pada awal tahun 2012.

Duit syiling baru ini dilancarkan pada 25 Julai 2011 oleh Gabenor Bank Negara Malaysia. Duit syiling peringatan yang dikeluarkan adalah dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.

Rekabentu duit syiling baru ini mencorakkan budaya dan warisan negara. Motif rekabentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional Malaysia.

Duit syiling siri ketiga ini bersaiz lebih kecil dan ringan. Duit syiling baru yang berwarna kuning dan perak ini juga mempunyai sisi tepi yangberbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan dengan lebih baik jenis-jenis duit syiling yang berlainan.

Untuk keselamatan, duit syiling baru ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini untuk mengelak daripada pemalsuan. Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.

Bank Negara Malaysia mengeluarkan set duit syiling peringatan (BrilliantUncirculated) sebanyak 500,000 secara berperingkat-peringkat yang dipakej secara khas dan akan dijual pada harga RM10.00 bagi setiap set.

Lokasi Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual dari 26 Julai 2011 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK) dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu danKuching.

Gambar duit syiling baru Malaysia 2012:

Duit Syiling Baru

RekaBentuk Duit Syiling Baru 2012

  • Motif bagi setiap denominasiadalah seperti yang berikut:

Denominasi

Ikon

50 senSulur Kacang
20 senBunga Melur
10 senOrang Asli Motif
5 senDestar Siga

No comments:

Post a Comment

buat duit dirumah

hidup bahagia panduan

rahsia jutawan

rahsia kaya

kursus kahwin - masjid abu ubaidah al jarrah klik banner