buat duit dirumah terbukti

Welcome Guys

COMING TOGETHER IS A BEGINNING, KEEPING TOGETHER IS A PROGRESS, WORKING TOGETHER IS A SUCCESS
Showing posts with label EKONOMI. Show all posts
Showing posts with label EKONOMI. Show all posts

FOREX ada yang halal

Written By Qblogger on Monday, February 20, 2012 | 6:08 PM

Baru nak berjinak-jinak dengan pelaburan FOREX ini. Tapi dah keluar FATWA KEBANGSAAN mengatakan pelaburan FOREX adalah haram. Tapi perbezaan dari segi pandangan cendikiawan islam mempengaruhi semua permasalahan ini. Adakah di sebabkan tiada pelarasan fatwa serta kesepakatan yang longgar. Jom kita dengarkan apa yang di utarakan oleh ust zaharuddin mana tau kita ada terbuka minda yang dikatakan haram dalam pelaburan forex ini.






6:08 PM | 0 comments | Read More

ANDA TERTIPU DENGAN ASSET ANDA! BACA

Written By Qblogger on Saturday, October 1, 2011 | 8:35 PM



ada kawan-kawan yang berpendapat bahawa kereta adalah satu daripada asset yang wajib dimiliki sekarang dan simpana masa depan, betul ke kaedah ini? - mula saya terfikir jawapan saya adalah SALAH. kereta adalah satu liabiliti kepada individu dan ia sebenarnya satu keperluan dan kehendak.

alasan saya, ia memang satu keperluan dan cukup sekadar satu buah sahaja tapi jika ia nak mendapatkan kereta yang kedua ia sudah menjadi satu kehendak sebab ia adalah liabiliti atau kerugian kepada anda. orang melayu selalu tidak memikirkan perkara ini. kereta bukan asset ia adalah liabiliti.


kenapa anda mahu menambah hutang yang banyak tanpa memikirkan wang masuk hasil daripada liabiliti yang anda tanggung?. bagaimana, jika anda memiliki kereta lebih daripada satu cuba cara meniagakan kereta anda seperti membuat kereta sewa dan ia mampu menjana pendapatan anda.
bukah kah ia adalah idea yang baik.

dalam baget bijak entri kali ini kita kira badget anda sebelum memiliki kereta.

ANDA masih lagi berkira-kira mahu membeli kereta? Apa kata sebelum membeli kereta, kita pelajari dulu beberapa tip dan panduan memiliki kenderaan.

Jika minggu lalu kita sudah mengetahui secara kasar mengenai pembelian kereta dan apa yang perlu ditanggung, minggu ini kita teruskan perbincangan mengenai pembelian kenderaan termasuk dari aspek komitmen kewangan dan penyelenggaraan.


Perkara yang selalu difikirkan setiap kali membeli kereta ialah berapakah kemampuan saya? Kadar faedah untuk pinjaman kereta biasanya dikira berasaskan kadar sama rata. Mengikut Akta Sewa Beli 1967, kadar faedah maksimum yang dibenarkan ialah 10 peratus setahun. Kiraan faedah adalah berdasarkan faedah atas jumlah pokok untuk sepanjang tempoh pinjaman sewa beli.

Pengiraan boleh dilihat di dalam contoh berikut:
  • Harga kereta = RM50,000
  • Bayaran pendahuluan @ 10 peratus = RM5,000
  • Jumlah Pinjaman sewa beli = RM45,000
  • Kadar Faedah (Kadar sama rata) = 5 peratus setahun
  • Tempoh pinjaman = 5 tahun (60 bulan)

    Pengiraan:

    Jumlah faedah yang dikenakan
    = Jumlah pinjaman x Kadar x Tahun
    = RM45,000 x 5% x 5
    = RM11,250

    Jumlah pinjaman + Faedah
    = RM45,000 + RM 11,250
    = RM56,250

    Jumlah ansuran bulanan
    = RM56,250 / 60 bulan
    = RM938

    Ansuran bulanan yang perlu dibayar ialah RM938 sebulan. Untuk mengetahui sama ada anda mampu membayar ansuran berkenaan, gunakan formula berikut untuk memperoleh pendapatan bulanan minimum yang anda perlukan.

    Pengiraan jumlah pendapatan minimum ini atas andaian bahawa anda tidak ada ansuran lain. Jika anda mempunyai pinjaman lain, pastikan jumlah ansuran semua pinjaman tidak melebihi 40 peratus daripada pendapatan kasar bulanan anda.

    Pendapatan kasar bulanan
    = Bayaran ansuran bulanan kereta / 40 peratus
    = RM938 / 40 peratus
    = RM2,345

    Dengan pendapatan RM2,345 tanpa komitmen pinjaman yang lain, anda mampu membayar ansuran tersebut. Bagaimanapun, anda masih perlu mengambil kira perbelanjaan berkaitan yang ditunjukkan di bawah.

    Kos tetap RM/Bulan Catatan
    1. Bayaran ansuran (dibundarkan) 938 RM45,000 @ 5 peratus selama 5 tahun
    2. Insuran 125 RM1500 setahun / 12 bulan
    3. Cukai jalan 8 RM90 setahun / 12 bulan

    Kos boleh ubah
    1. Petrol 225 Andaian RM
    0.15/km x 50KM/hari x 30 hari
    2. Servis dan penyelenggaraan 100 Berdasarkan anggaran
    3. Parkir / Tol dan lain-lain 100 Berdasarkan anggaran

    Jumlah Kecil RM1,496

  • NOTE : mengejar memiliki gadget yang moden juga salah satu pembaziran kepada anda. sebab gadget ni terlampau pantas pengeluaranya. mapukah anda mengejarnya? contoh iPhone 4 baru je keluar sekarang dah keluar iPhone 5 yang obses conpem nak beli lagi. tak membazir namanya?
    8:35 PM | 0 comments | Read More

    BERSARA 55 KE 58 SEKARANG 60 TAHUN?

    Written By Qblogger on Tuesday, September 27, 2011 | 3:21 AM




    disebabkan wang persaraan dari KWSP tidak mencukupi dan kebanyakaan mereka bersara dalam keadaan miskin(baca entri ini) KWSP sekarang mengemukakan pandangan supaya dilanjutkan usia persaraan kepada 60 tahun. mulanya 55 tahun di panjangkan kepada 58 tahun dan sekarang 60 tahun jika ianya dipersetujui kerajaan.


    persoalan timbul sekarang, apakah nasib anak dan cucu kita jika ia dipanjangkan nanti? makin ramai siswazah akan menganggur dan ramai pula pekerja lanjut usia yang akan berkhidmat di dalam apa-apa sektor. kecuali mereka pandai merebut peluang yang datang seperti berniaga dan mencari peluang sendiri.


    selain itu, dikatakan malaysia akan memasuki negara tua oleh PBB kerana lebih 7 % penduduknya adalah terdiri dari golongan usia 60 tahun. Menjelang 2026 14% dari penduduk berusia 60 tahun.


    NOTE : yang mana baru memasuki alam siswazah berusahalah mencari apa yang tidak boleh dipelajari di institusi seperti : praktikan dalam diri cara berniaga bukan teori sahaja, buangkan sifat malu berniaga dalam diri biaralah beger pun kepuasan akan dirasai bila usaha bertukar jaya.
    3:21 AM | 0 comments | Read More

    BERSARA MISKIN?







    KWSP (kumpulan wang simpanan pekerja memberitahu sebanyak 152,000 pencarum yang akan bersara wajib memiliki caruman persaraan sebanyak kurang dari RM50,000 jumlah simpanan yang kurang dari saranan kerajaan iaitu RM120,000.

    ini akan menyebabkan pesara itu akan hidup dalam keadaan paras kemiskinan bila ia pencen kelak.

    mengikut peratusan adalah :

    17% - KWSP RM 100,000 setelah bersara
    73% - KWSP RM 50,000 kebawah setelah bersara

    sikap membelanjakan wang KWSP dengan boros adalah salah satu faktor mereka.

    tahun 2003 - 14% pencarum menghabiskan wang persaraan dalam tempoh masa 3 tahun
    - 50% pencarum menghabiskan wang persaraan dalam tempoh masa 5 tahun
    - 70% pencarum menghabiskan wang persaraan dalam tempoh masa 10 tahun

    dan jangka hayat penduduk malaysia adalah 75 tahun. maknaya dalam keadaan peningkatan kos sara hidup sekarang jika nilai simpanan kita RM100,000 kelak adakah memadai untuk kita menghabiskan sisa hidup dengan wang persaraan itu? mustahil rasanya. yang makan gaji dengan pun kena berhati-hati dan jimat-jimatlah.

    selain itu, dalam artikel lepas rasanya dalam tempoh masa 3 tahun sahaja wang persaraan akan habis kerana menanggung kos bill hospital yang sangat mahal kerana ridak menjaga kesihatan dan tiada kesedaran untuk membeli polisi insuran masa muda.

    ramai orang melayu yang tiada insuran dan tidak tahu kepentingan insuran sebenarnya. cuba bayangkan mampukah anda membayar kos perubatan berjumpa pakar sebanyak RM7,000 jika dimasukan ke sana? jika tidak insuran lah yang menanggung kos anda itu kerana anda telah dilindungi mereka setahun sebanyak RM 50,000 minima jika anda mengambil sebanyak RM100.00 itu sudah memadai...



    NOTE : menabung amalan mulia, beringat sebelum kena, berniaga selagi ada nyawa kerana 9 / 10 rezeki datang dari perniagaan kata rasulullah. berniaga berger pun tak per...
    3:01 AM | 0 comments | Read More

    buat duit dirumah

    hidup bahagia panduan

    rahsia jutawan

    rahsia kaya

    kursus kahwin - masjid abu ubaidah al jarrah klik banner