ada kawan-kawan yang berpendapat bahawa kereta adalah satu daripada asset yang wajib dimiliki sekarang dan simpana masa depan, betul ke kaedah ini? - mula saya terfikir jawapan saya adalah SALAH. kereta adalah satu liabiliti kepada individu dan ia sebenarnya satu keperluan dan kehendak.
alasan saya, ia memang satu keperluan dan cukup sekadar satu buah sahaja tapi jika ia nak mendapatkan kereta yang kedua ia sudah menjadi satu kehendak sebab ia adalah liabiliti atau kerugian kepada anda. orang melayu selalu tidak memikirkan perkara ini. kereta bukan asset ia adalah liabiliti.
kenapa anda mahu menambah hutang yang banyak tanpa memikirkan wang masuk hasil daripada liabiliti yang anda tanggung?. bagaimana, jika anda memiliki kereta lebih daripada satu cuba cara meniagakan kereta anda seperti membuat kereta sewa dan ia mampu menjana pendapatan anda. bukah kah ia adalah idea yang baik.
dalam baget bijak entri kali ini kita kira badget anda sebelum memiliki kereta.
ANDA masih lagi berkira-kira mahu membeli kereta? Apa kata sebelum membeli kereta, kita pelajari dulu beberapa tip dan panduan memiliki kenderaan.
Pengiraan boleh dilihat di dalam contoh berikut:
Pengiraan:
Jumlah faedah yang dikenakan
= Jumlah pinjaman x Kadar x Tahun
= RM45,000 x 5% x 5
= RM11,250
Jumlah pinjaman + Faedah
= RM45,000 + RM 11,250
= RM56,250
Jumlah ansuran bulanan
= RM56,250 / 60 bulan
= RM938
Ansuran bulanan yang perlu dibayar ialah RM938 sebulan. Untuk mengetahui sama ada anda mampu membayar ansuran berkenaan, gunakan formula berikut untuk memperoleh pendapatan bulanan minimum yang anda perlukan.
Pengiraan jumlah pendapatan minimum ini atas andaian bahawa anda tidak ada ansuran lain. Jika anda mempunyai pinjaman lain, pastikan jumlah ansuran semua pinjaman tidak melebihi 40 peratus daripada pendapatan kasar bulanan anda.
Pendapatan kasar bulanan
= Bayaran ansuran bulanan kereta / 40 peratus
= RM938 / 40 peratus
= RM2,345
Dengan pendapatan RM2,345 tanpa komitmen pinjaman yang lain, anda mampu membayar ansuran tersebut. Bagaimanapun, anda masih perlu mengambil kira perbelanjaan berkaitan yang ditunjukkan di bawah.
Kos tetap RM/Bulan Catatan
1. Bayaran ansuran (dibundarkan) 938 RM45,000 @ 5 peratus selama 5 tahun
2. Insuran 125 RM1500 setahun / 12 bulan
3. Cukai jalan 8 RM90 setahun / 12 bulan
Kos boleh ubah
1. Petrol 225 Andaian RM
0.15/km x 50KM/hari x 30 hari
2. Servis dan penyelenggaraan 100 Berdasarkan anggaran
3. Parkir / Tol dan lain-lain 100 Berdasarkan anggaran
Jumlah Kecil RM1,496
NOTE : mengejar memiliki gadget yang moden juga salah satu pembaziran kepada anda. sebab gadget ni terlampau pantas pengeluaranya. mapukah anda mengejarnya? contoh iPhone 4 baru je keluar sekarang dah keluar iPhone 5 yang obses conpem nak beli lagi. tak membazir namanya?
No comments:
Post a Comment