buat duit dirumah terbukti

Welcome Guys

COMING TOGETHER IS A BEGINNING, KEEPING TOGETHER IS A PROGRESS, WORKING TOGETHER IS A SUCCESS

PENYAKIT BETUL LA

Written By Qblogger on Wednesday, October 12, 2011 | 11:38 PM



Makan sebanyak yang mampu dan muntahkan kembali? tak rasa membazir ke nie? bayangkan makan di hotel 5 Star yang mahal balik rumah muntah balik. membazirnya tak jadi daging kita...

ini adalah sindrom penyakit sebenarnya. yang tak sedar akan dirinya sebenarnya dah kurus tapi nampak gemuk lagi bila di lihat di dalam cermin. sehinggakan kawan-kawan tegur yang dia dah kurus sangat maca orang berpenyakit. tapi empunya diri kata "aku gemuk lagila". seperti gambar dibwah ni.

biasanya la penyakit ni terjadi kepada model-model yang memerlukan mereka kurus sesaui nak cat walk atas pentas gitu... rupenya kurus sangat pun tak bagus takde khasiat.


tak jelas lagi maksud bulimia ni? kita tengok lagi gambar seterusnya....



kita baca sikit fakta menarik mengenai bulimia ni...

Bulimia adalah satu gangguan atau gangguan pada pola pemakanan iaitu makan dalam kuantiti yang berlebihan dan berusaha memuntahkan kembali makanan yang di makan. Biasanya mereka menggunakkan ubat pencahar untuk merangsang mereka muntah dan melakukan aktiviti olahraga secara berlebihan. Mereka yang menghidap penyakit ini tidak dapat dilihat pada mata kasar orang lain. Ini kerana mereka kelihatan normal dan mempunyai bentuk tubuh yang ideal (tidak terlalu kurus dan sebaliknya).

Sesetengah penghidap penyakit ini mudah berilustrasi seperti merasa diri mempunyai banyak lemak, berasa gemuk dan lain-lain lagi yang boleh menganggu kehidupan seharian mereka.


Bulimia Nervosa berasal perkataan latin (bous Limos Nervosa) iaitu lapar dan juga gangguan emosi makan dengan cara memuntahkan kembali makanan yang baru saja dimakan.

Anoreksia dan bulimia adalah kelainan pola makanan yang sering terjadi pada wanita, biasanya merupakan bentuk penyiksaan terhadap diri sendiri. Dimana kedua keadaan itu sama bahayanya bagi tubuh. Gangguan tersebut dihasilkan oleh ketakutan bahawa tubuh akan menjadi gemuk setelah makan dan ketakutan itu terpancar melalui penyiksaan fizik.

Kedua kelainan ini sekilas hampir sama. Namun, apa yang membezakan antara keduanya ialah amalan menahan daripada menerima apa juga makanan sehingga terjadi anoreksia, sementara bulimia hanya terjadi kepada individu yang mempunyai nafsu makan, tapi memuntahkan kembali secara diam-diam.

Ciri-ciri awal pengidap bulimia bermula dangan berdiet dan bersenam secara berlebihan, makan banyak tapi selalu memuntahkan kembali atau mengonsumsi obat diuretic untuk memuntahkan kembali semua makanan.

Akibat kebiasaan memuntahkan kembali makanan yang telah dimakan penderita bulimia mempunyai beberapa masalah kesihatan, seperti terjadinya luka pada dinding perut, radang pada usus buntu, denyut jantung tidak teratur, kerusakan pada ginjal kerana rendahnya asupan posatium, rosaknya email gigi kerana terciptanya produksi asam yang berlebihan ketika muntah, dan terhentinya menstruasi.


p/s : makan mengikut kadar kuantiti perut jangan mengikut nafsu tekak je yang merana perut. berhenti sebelum kenyang pesan nabi
11:38 PM | 0 comments | Read More

WAJIB BACA LELAKI!


Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andain lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.



Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

11:36 PM | 0 comments | Read More

GOOGLE GRAVITY BEST BRO


ini adalah entri paling mudah, nak ajak korang semua try mende baru, walaupun dah ada yang pernah cuba tak per masih ada lagi yang belum kan.

selalu kita akan search kat engine carian di google guna google.com. itu engine carian yang standard pakai. apa kata semua guna engine cari menggunakan google gravity lak.

jangan terkejut dan terkena lak...

Selamat mencuba semua.
11:17 PM | 0 comments | Read More

SEXY SKIRT

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


komperm terbeliak mata korang tengok post ni kan?..
nanti Dulu..Ini Bukan Lucah ok..Ini Adalah Trend Skirt Wanita2 Jepun..
ish-ish.....

Jom Usha Lagi Skirt Diaorang..

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-





nak tau!
Inilah bentuk sebenar Skirt yang diorang pakai ok...






11:03 PM | 3 comments | Read More

SUSU LEMBULAH SEDAP



Seorang Kanak-Kanak Dikatakan Ketagih Untuk Menikmati Keenakan Susu Lembu Asli. Al-Kisahnya Bermula Semasa Ayah Dan Ibunya Pergi Kerja.Kanak-Kanak Berkenaan Dikatakan Terlihat Anak Lembu Yang Sedang Minum Susu Ibunya.Perasaan Ingin Mencuba telah Menyebabkan Kanak-Kanak Tersebut Ketagih.Malah Jika Di halang Oleh Atuknya.Kanak-Kanak tersebut Akan Meronta. inilah dikatakan anak lembu, huhu



Khasiat dan kebaikan susu ibu

Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.

Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin.



NOTE : ini adalah kes terpencil jer, kementerian kan dah buat kempen penyusuan susu ibu. susu yang terbaik dari ladang
10:38 PM | 0 comments | Read More

WHAT DO YOU SEE 2 ?

Written By Qblogger on Tuesday, October 11, 2011 | 11:32 PM



1. mesti lihat dengan betul apakah ia? Liar jawapan dia



2. gambar yang ini mengikut fikiran otak anda, jika salah fikir anda tanggunglah sendiri..
apa yang anda fikir itulah fikiran anda, jangan salah tafsir lak.. hehehe



3. mesti anda tengah membayangkan perempuan cantik, ayu dan sentiasa di idamkan kan? cuba perhatikan betul-betul dah macam orang main seksafon kot... pempuan aje korang ni




4. ini yang biasa kita lihat bila selalu ikut kursus motivasi. dia nak kita bermain dengan gambar. rasa2 apa yea? jawapan tua dan muda





5. pastinya anda mendapat apa yang dicarikan ? dah uji mata anda ? tak kero lagi kan
11:32 PM | 0 comments | Read More

ATM mesin akan membantu anda memanggil polis jika anda dirompak dan tahu skill

Written By Qblogger on Monday, October 10, 2011 | 12:04 AM



Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada ...mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik.

Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yang diterbalikkan daripada nombor yang sebenarnya melalui kad anda yang masukkan ke dalam mesin tersebut.

Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yang kita tidak ketahui, pihak Bank dengan segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda.

Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan
ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yang seumpama ini.


NOTE : saya pun baru tahu perkara ini.
12:04 AM | 2 comments | Read More

masjid negara - rokok pun ada cap masjid gak ?

Written By Qblogger on Sunday, October 9, 2011 | 6:30 PM

tidak tahu tahap ketulinan rokok ni sebab ianya dikeluarkan mungkin pada awal merdeka dulu. tapi peliknya dah tak ada nama lain sangat nak letak kot itu yang terlintas dalam fikiran mereka masa nak buat rokok ni kot.


tapi yang pasti ia bukan keluaran Masjid Negara di Kuala Lumpur



jom lihat....







rokok cap Masjid Negara







NOTE : nanti saya upload rokok jenama ASTRO pulak. yang belum jumpa jenama CELCOM n MAXIS kot
6:30 PM | 0 comments | Read More

thailand bekal kondom untuk mangsa banjir

Written By Qblogger on Thursday, October 6, 2011 | 12:03 AM


BANGKOK: Thailand bergegas menghantar bekalan kondom bersama barangan keperluan lain untuk mangsa banjir di wilayah Lop Buri, semalam, bagi mengelak berlaku kehamilan tidak terancang.

Lima helikopter mula mengangkut ubat-ubatan dan bekalan lain dari Kementerian Kesihatan Awam di Bangkok ke tujuh lokasi paling teruk dinaiki air.


Bencana itu dianggap antara paling buruk dalam tempoh beberapa dekad.

Jurucakap Institut Perubatan Kecemasan Thailand berkata, mangsa banjir tiada aktiviti ketika ini.


“Justeru, untuk menghalang peningkatan kelahiran, kami turut membekalkan mereka kondom,” katanya. Pihak berkuasa kini bergelut menghalang banjir memasuki Bangkok yang terletak di kawasan lebih rendah ketika ramalan cuaca menunjukkan, musim hujan akan berlanjutan lebih lama.


Menteri Sains dan Teknologi, Plodprasop Suraswadi, pula mengakui kerajaan kini tewas dalam ‘perang’ melawan banjir.

“Kita tak boleh menghentikan hujan dan sukar menyalurkan air ke laut,” katanya. - AFP

12:03 AM | 0 comments | Read More

cuck dan main di port pelayan - cara malaysia

Written By Qblogger on Wednesday, October 5, 2011 | 9:48 PM


Istilah Komputer Cara Malaysia

Beginilah akibatnya orang Malaysia menterjemahkan istilah-istilah Komputer.

Istilah

Hardware: barang keras
Software: barang lembut
Joystick: batang bahagia
Plug and Play: cucuk dan main
Port: lubang
Server: pelayan
Client: pelanggan

Contoh :
in English

"That server gives a plug and play service to the clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client."
Translate ke Bahasa Malaysia

Translated"Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan mempergunakan batang bahagia jenis keras atau lembut. Batang bahagia itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan."
9:48 PM | 0 comments | Read More

buat duit dirumah

hidup bahagia panduan

rahsia jutawan

rahsia kaya

kursus kahwin - masjid abu ubaidah al jarrah klik banner