buat duit dirumah terbukti

thailand bekal kondom untuk mangsa banjir

Written By Qblogger on Thursday, October 6, 2011 | 12:03 AM


BANGKOK: Thailand bergegas menghantar bekalan kondom bersama barangan keperluan lain untuk mangsa banjir di wilayah Lop Buri, semalam, bagi mengelak berlaku kehamilan tidak terancang.

Lima helikopter mula mengangkut ubat-ubatan dan bekalan lain dari Kementerian Kesihatan Awam di Bangkok ke tujuh lokasi paling teruk dinaiki air.


Bencana itu dianggap antara paling buruk dalam tempoh beberapa dekad.

Jurucakap Institut Perubatan Kecemasan Thailand berkata, mangsa banjir tiada aktiviti ketika ini.


“Justeru, untuk menghalang peningkatan kelahiran, kami turut membekalkan mereka kondom,” katanya. Pihak berkuasa kini bergelut menghalang banjir memasuki Bangkok yang terletak di kawasan lebih rendah ketika ramalan cuaca menunjukkan, musim hujan akan berlanjutan lebih lama.


Menteri Sains dan Teknologi, Plodprasop Suraswadi, pula mengakui kerajaan kini tewas dalam ‘perang’ melawan banjir.

“Kita tak boleh menghentikan hujan dan sukar menyalurkan air ke laut,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment

buat duit dirumah

hidup bahagia panduan

rahsia jutawan

rahsia kaya

kursus kahwin - masjid abu ubaidah al jarrah klik banner