buat duit dirumah terbukti

Welcome Guys

COMING TOGETHER IS A BEGINNING, KEEPING TOGETHER IS A PROGRESS, WORKING TOGETHER IS A SUCCESS

peringatan penting memakai inai di tangan adalah HARAM

Written By Qblogger on Wednesday, October 5, 2011 | 7:44 PM


Hukum Wanita Mengukir Hiasan Pada Tangan Menggunakan inai..

Bagaimana pula hukum memakai inai yang berukir di tangan. Sekarang ini ramai perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan berupa awan larat ataupun daun. Kita lihat dan nilai berdasarkan hadis Nabi ini :

Dari Ibnu Umar r.a katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan Baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu." [hadith bil. 2003 : Sahih Muslim]

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain,wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)" [hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari]

Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu,kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari."

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

- Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

- Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan.

Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

-Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

Jangan sampai kita menolak syariat semata-mata untuk mengikut adat. Apa gunanya kita beragama Islam, apa gunanya kita bermazhab jikalau kita tidak mengikuti syariat dan hukum yang telah ditetapkan. Sama-sama kita renungkan wahai pembaca yang budiman..

NOTE : islam tidak menghalalkan cara yea nak, - pesanan nenek buat anaknya
7:44 PM | 0 comments | Read More

kawin lambat sebabkan anak lembab kurang pandai - lelaki wajib baca


Usia bapa jejas keupayan intelek kanak-kanak: Kajian
WASHINGTON: Kromosom kanak-kanak daripada lelaki berkahwin lewat didapati tidak normal hingga lemah dari segi intelektual, dipercayai disebabkan usia bapa yang lanjut.

Kromosom tidak normal adalah disebabkan oleh beberapa variasi nombor salinan atau ‘CNV’, merujuk kepada struktur beberapa keadaan menyebabkan kehilangan atau kesilapan susunan DNA dalam sel. Perkara itu boleh diwarisi atau berlaku secara tiba-tiba dan menjadi punca biasa penyakit.

Pasukan penyelidik melakukan analisis secara sistematik dan menemui banyak CNV dalam hampir 3500 orang yang hilang upaya intelektual antara 2006 dan 2010. Mereka mendapati, CNV yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak diwarisi membabitkan 227 orang yang bermakna keadaan itu wujud dua kali ganda daripada biasa sama seperti bagi mereka yang mempunyai autisme dan tiga kali ganda di kalangan mereka yang menghidap penyakit asma.

Analisis seterusnya untuk menentukan CNV asal di kalangan data daripada 118 orang mendapati 90 kes berasal daripada bapa dan tiga suku daripadanya kehilangan turutan DNA.
Penyelidik kemudian membahagikan responden memiliki CNV kepada dua kumpulan iaitu mereka yang mempunyai gen DNA berulang-ulang dan mereka yang tidak mempunyai DNA berulang-ulang.
Penyelidik turut membandingkan usia ibu bapa dalam dua kumpulan itu dengan mereka yang tidak mempunyai masalah hilang upaya intelektual.

Kumpulan tidak mengalami DNA berulang-ulang, golongan paling ramai membabitkan lelaki pada usia lanjut yang memberi petunjuk kepada bagaimana memahami sebab CNV terbentuk, kata penulis.
Kesimpulan yang dibuat ialah peningkatan CNV baru tidak hanya disebabkan oleh DNA lelaki tetapi usia bapa juga memainkan peranan, kata penulis.

“Sebagai rumusan, data kami buat pertama kalinya meyakinkan bukti bahawa faktor CNV bapa paling besar menjadi faktor kepada kelemahan intelektual,” katanya. Kajian itu disiarkan secara dalam talian oleh Jurnal Perubatan Genetik.


nasihat :
belum sampai seru katanya cmner nak kawin? salah sebenarnya, seru tu dah datang dari kita dalam perut lagi allah dah tentukan cuma nak tak nak je kita usahakanya.


NOTE : sempat gak menyelak helaian ini di Berita Harian tadi, kawin la awl sikit bagi yang dah berkemampuan tu
12:55 AM | 0 comments | Read More

cara untuk elak dirogol, wajib baca kaum wanita!

Written By Qblogger on Tuesday, October 4, 2011 | 8:11 PM


Seorang wanita bercerita dengan kawannya tentang pengalaman ngeri beliau hampir diperkosa.

Mangsa : “Semalam aku balik dari overtime lalu dekat lorong shorcut belakang kedai, lepas tau ada seorang Bangla mengekori aku macam nak merogol aku”
Kawan Mangsa: ” ishh ngerinya…”



... ... ...

Mangsa: “Lepas tu aku tengok dia semacam ajer aku pun lari laju-laju.. dan dia pun kejar. ”
Kawan Mangsa: “saspen nih”

Mangsa: “dah kita perempuan mana nak sama dengan tenaga lelaki,kemudian dia dapat mendekati aku”
Kawan Mangsa: “pastu ko buat aper supaya selamat?”

Mangsa:”Aku pun terus angkat kain aku…”
Kawan Mangsa: “Hah?” dalam hati "biar betul budak ni"

Mangsa: “Tepat jangkaan aku…. dia pun melondehkan seluar dia…”
Kawan Mangsa: “Lepas tu aper terjadi?”(tak sabar)

Mangsa: “Seperti teori bodoh, orang yang mengangkat kainnya akan lari lebih laju dari orang yang melondehkan seluar dia….jadi aku selamat…”
Kawan Mangsa: …ohhhh.......


NOTE : mungkin ada betulnya bila ia kena pada masa yang sesuai



8:11 PM | 1 comments | Read More

potong kuku haram selain hari jumaat!

barang siapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadan
ya penyakit
Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan
masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati.

misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih

ingatan kepada semua :

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, alahai dah boleh buat daging bisnes la pulak.

dari perspektif kesihatan :

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. sekali lagi E-Coli Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasa lah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tidak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..






NOTE : artikel ni saya jumpa kat dlam facebook ada baiknya jika dikongsi bersama
7:43 PM | 3 comments | Read More

macam ni pun ada ker? blue betol otak

Written By Qblogger on Monday, October 3, 2011 | 11:49 PM

ini adalah lampu hiasan yang unik, yea lampu hiasan yang mahal. apakah pemerhatian anda sama dengan saya?




anda yang menilai sendiri pandangan anda, jika itu penilaian anda pada lampu hiasan ini itu adalah anda.

tapi saya rasa ia adalah lampu hiasan yang kreatif!... betol ker? apa tafsiran pemikiran anda pula?


NOTE : tak ada jenis lain ker nak buat...
11:49 PM | 0 comments | Read More

BRA BARU BELI TERUS PAKAI INILAH AKIBATNYA GURLS

Tolong sebarkan ke semua kenalan & e-mail rakan2 anda, khususnya wanita.

CUCI BRA dan PAKAIAN2 BARU Anda, sebelum dipakai.

ramai orang yang melakukannya, ini sebagai peringatan bagi yang tidak melakukannya. Baca dan persiapkan diri Anda untuk melihat gambar ini. Kami tidak tahu parasit apa yang ada di dalam pakaian ketika kita membelinya.

Ya Allah. Menjijikkan.Kirimkan ke semua wanita!!!
CUCI BRA BARU Anda sebelum Anda memakainya!!

Jadikan kebiasaan mulai dari sekarang untuk mencuci pakaian baru Anda sebelum memakainya, ini SANGAT PENTING!!!
Setelah Susan McKinley
(Antropologis) pulang setelah ekspedisi di Amerika Selatan, ia menyadari ada ruam aneh dipayudara sebelah kirinya, tiada siapa yang tahu itu apa, dan ia pikir ruam itu akan hilang seiring waktu.
Setelah ia kembali, ia menemui doktor kerana sudah mulai rasa sakit. Doktor tidak tahu penyakit apa yang di derita nya,doktor memberikannya antibiotik dan krim khusus.



Setelah berselang rasa sakitnya tidak hilang dan payudaranya semakin panas dan mulai berdarah. Ia memutuskan untuk membalut pendarahan itu, bagaimanapun rasa sakitnya semakin bertambah, dia mulai mencari doktor2 terbaik.

Dr. Lynch tidak bisa mendiagnosis infection apa yang terjadi dan meminta Susan untuk mencari temannya yang ahli dalam bidang Dermatologi. Susan menunggu selama 2 minggu dan akhirnya dapat bertemu Dermatologist tersebut.

Susan terkejut,setelah ia membuka, mereka lihat Larva bertumbuh dan bersarang dalam pori2 dan dalam luka payudaranya, sesekali mahkluk jahat ini masuk dalam pori2 dan muncul di lubang sebelahnya, yang ia tidak tahu adalah lubang itu sangat dalam dari yang dia bayangkan. Larva ini memakan lemak, lapisan kulit dan cannal susu payudaranya.



NOTE: TOLONG SEBARKAN PADA KAUM WANITA!!!
8:51 PM | 1 comments | Read More

LOVE BITE! TERLANJUR SUDAH


Kenapa lovebite berbahaya?

pada entri kali ini saya nak perkatakan mengenai gigitan cinta yang lebih dikenali sebagai love bite, mungkin ia menjadi aspirasi kepada pasangan yang baru berkahwin desemadikan bekas gigitan dileher setiap pasangan mereka tapi tidak tahu ianya boleh membawa kemudaratan kepada pasangan anda kelak.

baca entri dibawah.... tapi ingat yang belum bernikah jang dicuba sebab haramnya jelas diletakkan oleh islam.


Menurut Daily Mail, seorang wanita berusia 44 tahun ...telah lumpuh selepas terkena serangan sakit jantung akibat daripada lovebite yang di lakukan oleh kekasihnya. Wanita itu (nama tidak dinyatakan) dimasukkan ke sebuah hospital di Auckland apabila mendapati dia tidak mampu menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

Pada mulanya, para doktor mengesyaki wanita itu telah terkena serangan sakit jantung. Walaupun mereka tidak mengetahui punca sebenar penyakit wanita itu pada awalnya. Mereka kemudiannya, memeriksa wanita itu dan menjumpai kesan lovebite dibadannya. Dan dari kesan lovebite tu, mereka dapat tahu apa punca serangan sakit jantung tersebut.

Sebenarnya lovebite yang terhasil tu, menyebabkan pembuluh darah rosak dan mengakibatkan pembentukan darah beku. Darah yang telah beku tadi mengalir ke jantung dan boleh menyebabkan strok!

So, hati hati lah semasa bersama pasangan masing masing. Jangan sampai lupa diri, nanti ada yang merana baik lelaki atau perempuan. Jangan disebabkan expressi cinta, ada yang maut.

NOTE : ingat-intahlah jangan dibuat dengan suka-suka akibat yang ditanggung selamanya sedapnya sekejap je... yang belum nikah haram dilakukan!
8:31 PM | 0 comments | Read More

DARAH "O" DIBERI DARAH "B" - PEDIHNYA

apakah agaknya nasib tuan punya badan jika diberikan darah berlainan daripada darahnya. pastinya merasa azab yang bersangatan sebab badan tidak boleh menerima keadaan itu. begitulah yang dialami oleh akak kita ni akibat kecuaian daripada mereka orang lain yang merena pula. cuba kita lihat dibawah penerimaan jenis darah yang dimaksudkan :- 1. Darah A hanya dapat menderma kepada mereka yang berdarah A dan AB dan menerima darah A dan O sahaja.

2. Darah B hanya dapat menderma kepada mereka yang berdarah B dan AB dan menerima darah B dan O sahaja.

3. Darah AB dikenali sebagai Penerima Universal kerana dapat menerima darah A, B, AB dan O.

4.Darah O dikenali sebagai Penderma Universal kerana dapat menderma ke semua jenis darah A, B, AB dan O, tetapi hanya boleh menerima jenis darah "O" sahaja.
KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang baru melahirkan anak ketiganya mengalami komplikasi yang didakwa berpunca daripada kecuaian kakitangan hospital yang tersilap memasukkan darah jenis berlainan ke tubuhnya.

Kejadian itu berlaku 22 September lalu dan Faridah Abd Aziz, 34, yang juga pegawai bank kini terpaksa menjalani rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas beberapa hari terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.


Suaminya, Ku Nazri Ku Yaakob, 34, mendakwa petugas hospital berkenaan memasukkan darah jenis B ke tubuh isterinya yang mempunyai darah jenis O dan kesilapan itu boleh mengundang maut.

“Ketika kejadian, isteri saya baru melahirkan anak ketiga kami secara pembedahan, jadi dia kekurangan darah dan memerlukan doktor memasukkan darah ke dalam tubuhnya,” katanya yang ditemui di Balai Berita di sini, semalam.


Ku Nazri berkata, isterinya terpaksa menjalani rawatan susulan dan terlantar sakit di HKL serta diberitahu akan dibenarkan pulang dalam tempoh dua minggu lagi.


Katanya, kejadian itu memberi kesan emosi yang teruk terhadap mereka sekeluarga, malah anak ketiganya itu tidak dapat diberikan susu ibu.

“Saya mengambil cuti sejak 10 hari lalu untuk menjaga isteri di hospital dan membawa ibu berusia 74 tahun dari kampung di Jitra, Kedah, untuk menjaga bayi kami,” katanya.


Katanya, pihak pengurusan hospital sudah memanggilnya dan mengakui kesilapan mereka yang cuai terhadap pesakit, malah satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasat kejadian terbabit.

Susulan itu, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang 23 September lalu dan Kementerian Kesihatan Malaysia.


“Saya sudah memanjangkan perkara ini kepada pihak berkuasa, namun sehingga kini saya tidak dihubungi bagi mendapatkan penjelasan perkembangan semasa kes isteri saya,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Shirlin ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan terbabit dan memberi maklum balas dalam masa terdekat.


NOTE : saya kena hati-hatila begini sebab jenis darah O yea yang banyak kelebihanya.

Golongan Darah O

  • Karakter: penuh semangat dan pantang menyerah
  • Masalah berkaitan dengan darah: diabetes mellitus, pencernaan, sakit pinggang, obesitas, kolesterol, penyakit jantung, dan kanker.
  • Diet: Makanan tinggi protein dan kurangi karbohidrat.
12:36 AM | 0 comments | Read More

ANDA TERTIPU DENGAN ASSET ANDA! BACA

Written By Qblogger on Saturday, October 1, 2011 | 8:35 PM



ada kawan-kawan yang berpendapat bahawa kereta adalah satu daripada asset yang wajib dimiliki sekarang dan simpana masa depan, betul ke kaedah ini? - mula saya terfikir jawapan saya adalah SALAH. kereta adalah satu liabiliti kepada individu dan ia sebenarnya satu keperluan dan kehendak.

alasan saya, ia memang satu keperluan dan cukup sekadar satu buah sahaja tapi jika ia nak mendapatkan kereta yang kedua ia sudah menjadi satu kehendak sebab ia adalah liabiliti atau kerugian kepada anda. orang melayu selalu tidak memikirkan perkara ini. kereta bukan asset ia adalah liabiliti.


kenapa anda mahu menambah hutang yang banyak tanpa memikirkan wang masuk hasil daripada liabiliti yang anda tanggung?. bagaimana, jika anda memiliki kereta lebih daripada satu cuba cara meniagakan kereta anda seperti membuat kereta sewa dan ia mampu menjana pendapatan anda.
bukah kah ia adalah idea yang baik.

dalam baget bijak entri kali ini kita kira badget anda sebelum memiliki kereta.

ANDA masih lagi berkira-kira mahu membeli kereta? Apa kata sebelum membeli kereta, kita pelajari dulu beberapa tip dan panduan memiliki kenderaan.

Jika minggu lalu kita sudah mengetahui secara kasar mengenai pembelian kereta dan apa yang perlu ditanggung, minggu ini kita teruskan perbincangan mengenai pembelian kenderaan termasuk dari aspek komitmen kewangan dan penyelenggaraan.


Perkara yang selalu difikirkan setiap kali membeli kereta ialah berapakah kemampuan saya? Kadar faedah untuk pinjaman kereta biasanya dikira berasaskan kadar sama rata. Mengikut Akta Sewa Beli 1967, kadar faedah maksimum yang dibenarkan ialah 10 peratus setahun. Kiraan faedah adalah berdasarkan faedah atas jumlah pokok untuk sepanjang tempoh pinjaman sewa beli.

Pengiraan boleh dilihat di dalam contoh berikut:
  • Harga kereta = RM50,000
  • Bayaran pendahuluan @ 10 peratus = RM5,000
  • Jumlah Pinjaman sewa beli = RM45,000
  • Kadar Faedah (Kadar sama rata) = 5 peratus setahun
  • Tempoh pinjaman = 5 tahun (60 bulan)

    Pengiraan:

    Jumlah faedah yang dikenakan
    = Jumlah pinjaman x Kadar x Tahun
    = RM45,000 x 5% x 5
    = RM11,250

    Jumlah pinjaman + Faedah
    = RM45,000 + RM 11,250
    = RM56,250

    Jumlah ansuran bulanan
    = RM56,250 / 60 bulan
    = RM938

    Ansuran bulanan yang perlu dibayar ialah RM938 sebulan. Untuk mengetahui sama ada anda mampu membayar ansuran berkenaan, gunakan formula berikut untuk memperoleh pendapatan bulanan minimum yang anda perlukan.

    Pengiraan jumlah pendapatan minimum ini atas andaian bahawa anda tidak ada ansuran lain. Jika anda mempunyai pinjaman lain, pastikan jumlah ansuran semua pinjaman tidak melebihi 40 peratus daripada pendapatan kasar bulanan anda.

    Pendapatan kasar bulanan
    = Bayaran ansuran bulanan kereta / 40 peratus
    = RM938 / 40 peratus
    = RM2,345

    Dengan pendapatan RM2,345 tanpa komitmen pinjaman yang lain, anda mampu membayar ansuran tersebut. Bagaimanapun, anda masih perlu mengambil kira perbelanjaan berkaitan yang ditunjukkan di bawah.

    Kos tetap RM/Bulan Catatan
    1. Bayaran ansuran (dibundarkan) 938 RM45,000 @ 5 peratus selama 5 tahun
    2. Insuran 125 RM1500 setahun / 12 bulan
    3. Cukai jalan 8 RM90 setahun / 12 bulan

    Kos boleh ubah
    1. Petrol 225 Andaian RM
    0.15/km x 50KM/hari x 30 hari
    2. Servis dan penyelenggaraan 100 Berdasarkan anggaran
    3. Parkir / Tol dan lain-lain 100 Berdasarkan anggaran

    Jumlah Kecil RM1,496

  • NOTE : mengejar memiliki gadget yang moden juga salah satu pembaziran kepada anda. sebab gadget ni terlampau pantas pengeluaranya. mapukah anda mengejarnya? contoh iPhone 4 baru je keluar sekarang dah keluar iPhone 5 yang obses conpem nak beli lagi. tak membazir namanya?
    8:35 PM | 0 comments | Read More

    KERJA KOSONG SEKARANG


    anda mungkin dari kalangan graduan atau individu yang sedang mencari kerja kosong atau jawatan kosong dan mencari peluang pekerjaan setelah lama belajar atau bosan dengan kerja lama.

    saya rasa ada faedahnya anda join website ini sebab banyak input yang menarik mengenai jawatan kosong atau kerja kosong yang boleh anda ambil dan isikan dan menghantar resume anda.

    sebab portal ini menekankan jawatan kosong atau kerja kosong di malaysia sahaja. tidak kiralah jawatan kosong kerajaan, jawatan kosong badan berkanun, jawatan kosong swasta semua ada disini.

    jadi tak rugi kalau anda join sekali mana nak tahu lepas ni nak mencari peluang baru dan career baru dalam hidup.

    laman web jawatan kosong atau kerja kosong ini adalah : http://www.newjobsmalaysia.com/ ataupun klik je kat link tu memang tak rugi.

    sebahagian gambar dan maklumat dalam portal berkenaan dibawah.






    ataupu anda ada atau selalu melayari facebook boleh gak join mereka daripada duk boring-boring kat rumah join mereka kat facebook ok juga. mana tau lepas ni anda mendapat kerja yang ditawarkan. klik like je kat button facebook tu kan mudah.



    NOTE : saya suka bila korang menjana pendapat melalui internet. lagi best
    8:03 PM | 0 comments | Read More

    buat duit dirumah

    hidup bahagia panduan

    rahsia jutawan

    rahsia kaya

    kursus kahwin - masjid abu ubaidah al jarrah klik banner