buat duit dirumah terbukti

Welcome Guys

COMING TOGETHER IS A BEGINNING, KEEPING TOGETHER IS A PROGRESS, WORKING TOGETHER IS A SUCCESS

DUBAI DULU DAN KINI part 2

Written By Qblogger on Tuesday, September 13, 2011 | 9:06 PM



Dubai Waterfront. Apabila selesai, ia akan menjadi pembangunan kawasan pesisir pantai yang terbesar di dunia.


Semua perkembangan ini telah dibina dalam tempoh lima tahun yang lalu. Ini termasuk pulau buatan manusia berbentuk pohon tamar.


Pulau Palm di Dubai. Dengan menggunakan teknologi pengorekan Belanda yang baru, ini secara besar-besaran-pulau yang dibuat manusia telah diciptakan. Mereka adalah pulau buatan yang terbesar di dunia dan juga boleh dilihat dari bulan. ia juga boleh di lihat dari carian di google map.


Apabila siap, Pulau Palm ini akan mempunyai 2,000 villa, 40 hotel-hotel mewah, pusat-pusat membeli-belah, pawagam dan banyak lagi kemudahan resort gaya. Ia dijangka menyokong penduduk kira-kira 500,000 orang....

The World Islands. Dibina dalam bentuk dunia, 300 buatan dicipta pulau membentuk bentuk dunia. Pulau Setiap anggaran kos $ 25-30 juta untuk membina.


NOTE : nak lagi? tunggu DUBAI DULU DAN KINI part 3

9:06 PM | 0 comments | Read More

DUBAI DULU DAN KINI part 1




Anda pernah mendengar mengenai Dubai, bandar yang paling pesat berkembang di dunia. Tetapi anda dilihat Dubai? Adakah anda tahu apa yang benar-benar berlaku? Melihatnya sendiri bererti mempercayainya. Daftar keluar gambar-gambar yang menakjubkan untuk lebih memahami dinamik ini, emiriah bertaraf dunia.


Dubai pada tahun 1990, sebelum kepesatan pembangunan


Jalan yang sama pada tahun 2003.


Sama "jalan" pada tahun 2007.

Dubai dikatakan mempunyai sebanyak 25% daripada semua kren di dunia. pusat pengumpulan kren dunia.



NOTE : hebat tak? lagi hebat di DUBAI DULU DAN KINI part 2

7:45 PM | 0 comments | Read More

BERHALA TERTINGGI DI DUNIA - DUBAI






Lagi gambar........













NOTE : Hafal 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi atau 10 ayat terakhir – Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal..

Dalilnya adalah hadis dari Abu Darda radliallahu `anhu dari Rasulullah SAW Bersabda:

“Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.” (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)

“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”(HR Imam Ahmad)

-Baca doa selepas Tahiyyat Akhir seperti berikut:- kewajipan untuk berlindung dari fitnah Dajjal merupakan perkara yang amat penting buat kita. Kerana dalam sebegitu banyak hadis2 kita telah di diberi beberapa ‘amaran’ oleh Rasulullah s.a.w tentang bahayanya Dajjal.
7:27 PM | 6 comments | Read More

LAWAK 1

Written By Qblogger on Monday, September 12, 2011 | 11:50 PM











Lelaki: sudikah kiranya brkahwin dgnku?
Perempuan: awak ada rumah?
Lelaki: tak
Perempuan: ada BMW?
Lelaki: tak
Perempuan: bape bnyk gaji awk sbulan?
Lelaki: tak da gaji tapi..
Perempuan: tak ada tapi2,awak tak memiliki apa2 cmna sy nk kawen dgn awak?? tolong pergi!!
Lelaki: ckp dlm hati) aku ada sebuah villa, 3 bdang tnh, 3 buah Ferrari, 2 Porsche, knp aku kena beli BMW? cmna aku nk dpt gaji klu aku sendiri bos..Hahahaha
11:50 PM | 0 comments | Read More

WHAT DO YOU SEE?

ini pandai-pandailah kita fikirkanya.. saja nak syer kat sini tengah-tengah chat tadi kawan bagi gambar ni suruh tafsirkan mengikut apa yang yang diajarkan.. hehe selamat mencuba
11:30 PM | 0 comments | Read More

HARI MALAYSIA part 1

Written By Qblogger on Thursday, September 8, 2011 | 1:18 AM

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Mencari Nilai Hari Malaysia


TANGGAL 16 September tahun ini, usia Malaysia sebenarnya baharu mencecah 46 tahun. Tarikh ini pada tahun 1963, Persekutuan Malaysia dirasmikan penubuhannya serta diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Perisytiharan dibuat di Stadium Merdeka disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah serta 30 ribu rakyat jelata.Penubuhan Persekutuan Malaysia ditentang hebat oleh Indonesia dan Filipina. Indonesia tidak senang dengan penubuhan Persekutuan Malaysia lantas, melancarkan konfrantasi ketenteraan di bawah slogan "Ganyang Malaysia" yang berlanjutan sehingga tahun 1966.

Filipina pula menuntut haknya ke atas Sabah atas hujahan perjanjian yang dimeterai antara Kesultanan Sulu dengan pihak British. Brunei yang turut termasuk dalam rancangan penubuhan Persekutuan Malaysia membatalkan penyertaannya setelah berdepan dengan pemberontakan besar-besaran di Brunei oleh Sheikh Azhari pada penghujung 1962.

Sekalipun begitu, akhirnya pada 9 Julai 1963, Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia dimeterai di London hanya setelah Laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan menyatakan, lebih 80 peratus rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju dengan cadangan kemerdekaan melalui penggabungan bersama Persekutuan Tanah Melayu.

Tarikh perasmian pengisytiharan Persekutuan Malaysia telah ditangguhkan daripada 1 Jun 1963 ke 31 Ogos 1963 kerana menunggu Laporan Suruhanjaya Cobbold. Namun tarikh tersebut pula ditangguhkan setelah Indonesia dan Filipina emperhebatkan tentangan mereka terhadap penubuhan Persekutuan Malaysia. Dan akhirnya 16 September 1963 menjadi hari secara rasminya Persekutuan Malaysia ditubuhkan.

Namun, Hari Malaysia dan sejarahnya ini akan hanyut ditelan zaman. Sekalipun tidak hilang, tetapi apalah nilai Hari Malaysia jika sejarahnya hanya tersimpan di arkib, perpustakaan dan memori generasi lama? Apakah generasi muda sedar akan kewujudan Hari Malaysia?

Jawapan yang ada mungkin ya dan mungkin tidak, kerana tiada kajian rasmi yang menunjukkan persepsi ini. Namun, cubalah kita bertanya-tanya dengan anak-anak kita, cucu-cucu kita atau tanya sahaja dengan belia remaja yang kita temui di pusat-pusat membeli belah, yang sedang meladeni diri di kaki-kaki jalan dan yang terperuk di rumah memaku matanya pada skrin TV atau komputer. Jawapan yang kita terima, mungkin boleh dijadikan sebagai gambaran persepsi di atas.

Tulisan ini gambaran persepsi yang diterima melalui jawapan-jawapan daripada belia remaja sekeliling penulis. Hasilnya, penulis kecewa dan gusar akan nasib Hari Malaysia dan sejarahnya di masa mendatang. Ya, ada yang sedar akan kewujudan Hari Malaysia, tetapi apakah nilaiannya pada mereka? Apatah lagi yang tidak sedar akan kewujudan Hari Malaysia. Ini merupakan satu fenomena tidak sihat dalam perkembangan diri generasi muda. Buta sejarah akan menjadikan mereka rapuh jati diri yang akan merendahkan semangat patriotik pada diri mereka.

Permasalahan ini tidak dapat hanya kita sandarkan penyelesaiannya melalui pengajaran dan pembelajaran subjek Sejarah dan Pendidikan Sivik di sekolah. Kesedaran tentang kewujudan Hari Malaysia tidak boleh hanya terkurung dalam kurikulum pendidikan formal di sekolah. Penghayatannya perlu dalam bentuk interpretasi dalam kehidupan realiti.

Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos saban tahun merupakan contoh terbaik kesedaran melalui kurikulum pendidikan sekolah dan penghayatan melalui interpretasi dalam kehidupan realiti. Kita belajar akan Hari Kemerdekaan di sekolah dan kita lihat betapa pentingnya tarikh tersebut melalui sambutan gilang-gemilang menyambut tarikh tersebut.

Nah, tentu sahaja memberi kesan yang membekas pada diri generasi muda untuk memahami bahawa Hari Kemerdekaan merupakan satu peristiwa penting dan sejarahnya akan terus hidup dalam diri mereka. Justeru, cadangan menaik taraf penghargaan terhadap Hari Malaysia merupakan satu cadangan yang praktikal dan signifikan demi memastikan Hari Malaysia dan sejarahnya akan terus wujud dan hidup dalam diri generasi muda.

Penarafan semula penghargaan terhadap Hari Malaysia boleh sahaja dilaksanakan melalui sambutan rasmi sama ada di peringkat negeri dan kebangsaan. Selain itu, hebahan melalui media cetak mahupun televisyen melalui pemaparan imbauan sejarah juga penting untuk menyebarkan kesedaran dan menanam penghayatan akan peristiwa penting pada tarikh tersebut. Bukan hanya setakat sebagai bahan bualan oleh hos rancangan televisyen atau tajuk rencana akhbar, Hari Malaysia perlu dijadikan sebagai tema rasmi dalam media cetak dan televisyen untuk tarikh 16 September tersebut.

NGO atau organisasi masyarakat setempat juga boleh memainkan peranan penting dalam menyebarkan kesedaran dan penghayatan Hari Malaysia di peringkat akar umbi masyarakat. Melalui penganjuran sambutan Hari Malaysia di peringkat kampung, kawasan perumahan atau dengan acara forum, ceramah, tayangan filem dan lain-lain akan membantu masyarakat khususnya generasi muda untuk memahami mesej betapa taikh 16 September merupakan tarikh penting yang mengandungi peristiwa yang cukup signifikan untuk Malaysia.

Mungkin juga pengisytiharan tarikh 16 September setiap tahun sebagai hari cuti umum untuk seluruh negeri akan menunjukkan betapa kerajaan Malaysia benar-benar serius dalam menghargai Hari Malaysia. Pengisytiharan cuti umum ini akan membuka ruang untuk sambutan gilang-gemilang sempena Hari Malaysia dilaksanakan.

Tentu sahaja rakyat di Sarawak dan Sabah akan lebih merasakan kebersamaan mereka sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia secara keseluruhan. Maka Hari Malaysia akan dirai bersama sebagai bukti kesedaran dan penghayatan seluruh rakyat daripada seluruh negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia.

Seperti mana generasi muda sedar akan Hari Kemerdekaan tanggal 31 Ogos setiap tahun, maka begitu jugalah mereka akan sedar akan peri penting tarikh 16 September dalam lipatan sejarah Malaysia melalui penghayatan yang selayaknya untuk Hari Malaysia.

Jangan biarkan generasi muda terus dilupakan tentang sejarah Malaysia yang dipenuhi dengan warna-warni perjuangan generasi terdahulu. Penghargaan yang setimpal harus diraikan untuk peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Malaysia yang membentuk Malaysia seperti yang kita lihat hari ini. Melalui kesedaran sejarah, maka generasi muda akan mampu menghayati nilai sebenar Malaysia.

PENULIS ialah Yang Dipertua, Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (Perkepis)
sumber : Berita Harian

1:18 AM | 0 comments | Read More

HARI MALAYSIA part 9

16 September Diisytihar Cuti Umum Hari Malaysia

Perdana menteri hari ini mengumumkan sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September setiap tahun diisytiharkan sebagai cuti awam untuk seluruh negara mulai tahun depan. Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat berkata pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan satu titik sejarah yang amat penting.

Hari Malaysia diraikan pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia apabila Sabah dan Sarawak telah menyertai Malaysia pada 1963. Najib berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) yang bertanya sejauh mana penerimaan rakyat terhadap gagasan 1Malaysia dan jenis-jenis program yang difikirkan berkesan untuk mencapai hasrat tersebut.

Persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen Kedua Belas bermula tepat pukul 10 pagi ini dengan menyaksikan perdana menteri sebagai yang pertama memberikan jawapan bagi sesi pertanyaan bagi jawapan lisan pagi ini.

Perdana menteri berkata, dengan penyertaan Sabah dan Sarawak sejak 1963, maka adalah wajar rakyat di kedua-dua negeri itu menikmati kemajuan pembangunan, pendidikan, ekonomi dan sosial seperti di Semenanjung.

Beliau turut menegaskan, perpaduan antara kaum itu juga merangkumi integrasi nasional antara rakyat Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang akan terus ditingkatkan.

Untuk meningkatkan perhubungan antara tiga wilayah itu, perdana menteri berkata, kekerapan dan kapasiti penerbangan akan terus di pertingkatkan selain pembinaan prasarana asas bagi dua buah negeri itu seperti jalan, bekalan air dan elektrik, sekolah, klinik dan hospital akan terus diberi keutamaan dengan menambah lebih banyak peruntukan.

Najib berkata sesungguhnya perpaduan yang telah dicapai hingga ke saat ini telah membuahkan keamanan di dalam negara lebih lima dekad lepas. Menjawab soalan tambahan Dr Marcus mengenai identiti yang boleh dikaitkan dengan Malaysia seperti di Indonesia, Filipina atau Thailand, Najib berkata identiti Malaysia boleh dilihat berdasarkan kemampuannya menerima unsur lain yang dijadikan sebahagian daripada budaya setempat dan seterusnya kekuatan negara.

Sementara itu, menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang), Najib berkata gagasan 1Malaysia dianggap sebagai kesinambungan dasar-dasar yang diperkenalkan sebelumnya. Abdul Hadi bertanya sama ada dengan penerapan gagasan 1Malaysia, bermakna kerajaan mengetepikan dasar-dasar terdahulu termasuk Islam Hadhari, Bersih Cekap dan Amanah dan Wawasan 2020.

sumber : BERNAMA

1:17 AM | 0 comments | Read More

HARI MALAYSIA part 8

Pada hari ini (16 September) empat puluh enam tahun yang lalu, Malaysia mengalu-alukan keanggotaan negeri Sabah dan Sarawak dan mula mengatur langkah untuk menjadi salah sebuah negara terpenting di dunia. Beliau ketika itu baru berusia 10 tahun ketika ayahanda nya, Tun Abdul Razak Hussein, menjadi saksi kepada perisytiharan bersejarah kemerdekaan Sabah pada 1963, tetapi saya ingat bagaimana bangganya beliau saat peristiwa penting itu berlangsung. Sabah dan Sarawak memenuhi satu sudut yang istimewa di hati saya kerana peristiwa bersejarah itu.

Komitmen Dato' Sri terhadap 1Malaysia – kepada gagasan bahawa perbezaan pada bangsa dan agama itulah yang menjadikan negara kita lain daripada yang lain – telah diilhamkan daripada apa yang saya lihat di Sabah dan Sarawak. Kelainan rakyat kita ini telah menjadi asas kepada banyak dasar awam yang hebat-hebat yang akan dilaksanakan oleh pentadbiran saya, kesemuanya dengan matlamat memanfaatkan kekuatan rakyat kita daripada kumpulan etnik dan anutan kepercayaan yang berbeza untuk membentuk satu asas daya saing global dan identiti budaya.

Sumbangan Sabah dan Sarawak kepada Malaysia melebihi tauladan dalam perpaduan dan permuafakatan. Malaysia menjadi syurga dunia pelancongan disebabkan oleh kepelbagaian ini dan keajaiban alam semula jadi yang dipersembahkan kepada dunia oleh dua negeri ini. Banyak warisan budaya negara kita terikat kepada ikon kehidupan di Sabah dan Sarawak. Rumah-rumah panjang kekal menjadi tulang belakang kehidupan di dua negeri ini kerana ia ialah simbol kepada keperluan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mempelajari bagaimana untuk hidup di bawah satu bumbung dan untuk membina tempat tinggal negara kita secara bersama-sama.

Apabila matahari terbit di langit Malaysia, ia menyinari Sabah dan Sarawak terlebih dahulu. Masa hadapan kita sebagai sebuah negara bergantung kepada keupayaan kita untuk bekerja dan hidup bersama-sama. Sabah dan Sarawak menunjukkan kepada kita jalan yang perlu kita lalui untuk menuju pembangunan sivil dan saya percaya kita harus membalas budi dengan melabur dengan lebih banyak lagi dalam pembangunan ekonomi di dua buah negeri ini. Apabila tiba masanya Sabah dan Sarawak mengumumkan ulang tahun ke-47 mereka pada tahun hadapan, saya harap kita dapat mengotakan janji-janji kita untuk memberikan pelaburan ekonomi, pendidikan dan prasarana yang lebih banyak di kedua-dua buah negeri ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lihat kenyataan peribadi saya tentang Hari Malaysia.


sumber : www.1malaysia.com

1:14 AM | 0 comments | Read More

HARI MALAYSIA part 7

Hari Malaysia

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

sumber : Wikipedia

Blog 1Malaysia (www.1malaysia.com)

1:13 AM | 0 comments | Read More

HARI MALAYSIA part 6


Empat Tokoh Terima Anugerah Tokoh Malaysia

Seramai empat tokoh akan menerima Anugerah Tokoh Malaysia pada sambutan Hari Malaysia 16 September ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Rais berkata, dua tokoh akan dipilih dari Semenanjung dan masing-masing satu dari Sabah dan Sarawak oleh jawatankuasa berkenaan. Tambah beliau lagi, mereka sedang cari tokoh-tokoh dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung untuk menerima anugerah Tokoh Malaysia pada hari tersebut.

Rais berkata, anugerah ini adalah sesuatu yang boleh dianggap sebagai pengiktirafan kepada jasa dan sumbangan dan rekod perjuangan seseorang berkaitan dengan negara ini. Katanya, keempat-empat tokoh ini akan menerima anugerah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas beliau menyampaikan ucapan pada sambutan yang akan berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah.

sumber : Bernama

1:12 AM | 0 comments | Read More

buat duit dirumah

hidup bahagia panduan

rahsia jutawan

rahsia kaya

kursus kahwin - masjid abu ubaidah al jarrah klik banner