buat duit dirumah terbukti

DBKL BOLEH SAMAN JIKA LANGGAR LAMPU ISYARAT

Written By Qblogger on Tuesday, September 27, 2011 | 6:05 PM


tahukan anda bahawa, Mulai 1 Oktober bulan depan, warden trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) boleh mengeluarkan saman terhadap pemandu yang melakukan kesalahan seperti :

1. melanggar lampu isyarat

2. berhenti di petak kuning
3. memotong barisan dan
4. melanggar isyarat lalu lintas di bandar raya metropolitan ini.

sebelum ni hanya polis je yang ada kuasa mengeluarkan saman diatas sekarang ia telah diturunkan mandat kepada pihak penguasa DBKL.




modus operandi mereka :

DBKL akan letakkan 20 anggota trafik bersama anggota polis di 10 persimpangan jalan utama di kuala lumpur ini bagi mengawal dan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas pemandu yang melanggar peraturan lalu lintas.


Antara jalan yang terlibat ialah :-
1.Jalan Raja Laut,
2.Jalan Tuanku Abdul Rahman, (jalan setiap pagi saya lalui kena berhemah la sekarang)
3.Jalan Pudu, Jalan Dang Wangi,

4.Jalan Tun Tan Cheng Lock,
5.Jalan Tun Ismail,
6.Jalan Gereja, (jalan setiap pagi saya lalui kena berhati2 lepas ni)
7.Jalan Parlimen,

8.Jalan Leboh Ampang dan

9.Jalan Raja Muda Abdul Aziz.



Datuk Bandar, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, berkata langkah itu diambil bagi memastikan pergerakan lalu lintas di sekitar Kuala Lumpur berjalan lancar terutama pada waktu puncak.

betul juga kaedah ini diperkenalkan ada baiknya.
tapi mungkinkah fleksible dan berkesan?

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang memutuskan anggota warden trafik DBKL boleh mengeluarkan saman kepada pemandu yang melakukan kesalahan diatas (ulang semula)


1. melanggar lampu isyarat

2. berhenti di petak kuning

3. memotong barisan dan

4. melanggar isyarat lalu lintas di bandar raya metropolitan ini.


NOTE :berhati hati dan berhemahlah ketika memandu di Kuala Lumpur yea.

No comments:

Post a Comment

buat duit dirumah

hidup bahagia panduan

rahsia jutawan

rahsia kaya

kursus kahwin - masjid abu ubaidah al jarrah klik banner