Title Ustaz diberikan kepada seorang yang ahli dalam bidang agama atau seseorang yang bekerja didalam bidang agama seperti jabatan yang dinaunginya adalah bercirikan islam. dan alhamdulillah islam di malaysia masih terbela dan sangat senang untuk mengamalkan islam dan sumber rujukkan kalau keliru didalam bab hukum ada sumber rujuknya dan ada USTAZ yang boleh di jadikan panduan.
tapi yang nak diperkatakan disini adalah seseorang yang digelarkan USTAZ dan ada pula title AL HAFIZ bersifat sombong, angkuh, mendabik dada dengan perwatakan mereka. ini yang sangat aku kesalkan. berpewatakkan seperti ahli sufi, kopiah dan serban tak pernah lekang di kepala, jubah tidak pernah lucut dibadan tapi SOMBONG, EGO, itu yang sangat aku kesalkan.
gelaran USTAZ AL HAFIZ itu dipakai diluaran sedangkan di dadanya ada sifat DENGKI, KHIANAT, EGO, aku tak taulah nak cakap semua sifat burukny ada terselit di sebalik kopiah dan jubah putih yang dipakainya.
alangkah baiknya gelaran itu dapat menzahirkan segala yang ada didadanya. boleh melucutkan semua yang tersirat. mukanya nampak bersih, beriman, zuhud, seperti semua kebaikan ada dan dapat digambarkan didalam mukanya tapi sebaliknya siapa yang dapat kesan? hanya ALLAH yang tahu.
aku cukup benci perkara begini USTAZ?? AL HAFIZ?? ORANG AGAMA?? kadang2 ada yang baik dan perosak terlebih lah lagi. zaman fitnah dajjal semakin hampir dan semakin rapat mendatangi kita di dunia.
hanya di dalam entri sahaja dapat diluahkan kerana siapa nak marah kan blog aku? aku punya pasal lah. siapa yang rapat dan pandai mengambil hati dialah yang ditegurnya dalam kata lain siapa yang kaki bodek la. betulah diakhir zaman nanti islam akan memberi salam kepada islam yang dikenalinya sahaja. selai daripada itu? lantak kaulah bro.
aku cukup menyampah dan jelek melihat perwatakan memakai kopiah putih seperti ulama, berbaju melayu atau berpakaian jubah putih dan bercakap mengenai islam dan iman sedangkan dalam dirinya tiada penghayat yang dilakukan. ini adal ciri seorang yang akan menghuni neraka paling lama dan aku harap dibakar cukup-cukup oleh api neraka.
cukup lah sampai disini malas aku nak layan kekecewaan hati ini terhadap seseorang yang bergelar USTAZ..
No comments:
Post a Comment