buat duit dirumah terbukti

Borang bantuan RM500 download disini

Written By Qblogger on Friday, December 9, 2011 | 10:51 PM

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA RM 500 (BR1M)


1. WARGANEGARA MALAYSIA

2. LELAKI ATAU PEREMPUAN YANG MENJADI KETUA KEPADA AHLI YANG TINGGAL SERUMAH DENGAN JUMLAH PENDAPATAN KASAR BULANAN RM3000 KE BAWAH.

3. BERKAHWIN

4. IBU ATAU BAPA TUNGGAL YANG MEMPUNYAI TANGGUNGAN.

5. BUJANG YANG MEMPUNYAI TANGGUNGAN (DALAM RUMAH YANG SAMA)

6. WARGA EMAS (BERUMUR 60 TAHUN DAN KE ATAS) YANG SEBATANG KARA DENGAN JUMLAH PENDAPATAN KASAR RM3000 KE BAWAH


ok sekarang jangan melengah lagi kita download borang bantuan RM500 kita sekarang... jom download klik di link dibawah


pesanan penaja
(penaja la sangat):
kepada lelaki yang ada isteri dua atau tiga atau bermadu kasih tak layak memohon walaupun pendapatannya dibawah RM3000 k. yang boleh hanyalah isterinya sahaja. kesian laki dia. artikel dibawah.

BACHOK – Semua isteri yang dimadukan suami layak mendapat wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 setiap seorang jika pendapatan bulanan isi rumah itu di bawah RM3,000 sebagaimana yang dijanjikan dalam pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini.

Ini bermakna, jika suami mereka berpendapatan di bawah RM3,000, setiap isterinya layak membuat permohonan bantuan itu secara berasingan walaupun mereka tidak mempunyai anak.

Bagaimanapun, dalam kes ini, suami itu sendiri serta isterinya yang mempunyai pendapatan sendiri berjumlah RM3,000 dan ke atas tidak layak memohon.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, peruntukan itu akan disalurkan terus kepada semua isteri yang layak dan dianggap sebagai ketua dalam keluarga masing-masing.

“Kalau suami itu ada empat isteri, maka isteri pertama hingga keempat layak memohon wang bantuan itu dengan mengisi borang yang disediakan dan ia perlu disahkan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keamanan Kampung Persekutuan (JKKKP) di kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan cek pinjaman Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (TEKUN) berjumlah hampir RM400,000 kepada 40 usahawan di Dewan Haji Hussin, dekat sini semalam.

Seramai 5.2 juta isi rumah dijangka layak menerima bantuan RM500 sekali bayar itu dengan peruntukan RM2.6 bilion. sumber KOSMO


lambat atau kurang memuaskan nak di download borang di atas? klik link dibawah pula untuk dapatkan borang itu

1. BORANG BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA

NOTE : ok tak? jang lupa mendapatkan borang bantuan RM500 di link yang telah disediakan diatas. mohonlah sekarang BR1M

No comments:

Post a Comment

buat duit dirumah

hidup bahagia panduan

rahsia jutawan

rahsia kaya

kursus kahwin - masjid abu ubaidah al jarrah klik banner